Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin nyata kecewa apabila pasukannya, Hokkaido Consadole Sapporo tewas pada perlawanan pembukaan saingan J1 League musim 2020 kepada Kashiwa Reysol Sabtu lalu.
Consadole ketinggalan empat gol melalui jaringan Ataru Esaka dan Michael Olunga sebelum Chanathip membuat dua assist yang disempurnakan Takuma Arano dan Musashi Suzuki bagi merapatkan kedudukan pada minit ke-68 dan 76. Akan tetapi, assist beliau tidak cukup untuk mengelakkan Consadole daripada mengalami kekalahan.
Lawa bola hantaran Chanathip Songkrasin yang disudahkan oleh Musashi Suzuki.pic.twitter.com/EhHTQbo8r2
— VOCKET FC (@vocketfc) February 22, 2020
“Separuh masa pertama adalah sukar. Menjadi pasukan pelawat kepada Kashiwa yang merupakan satu pasukan kuat bukan perkara yang senang. Kami banyak membuat kesilapan pada awalnya dan saya sendiri kecewa.
“Akan tetapi, para pemain berasa positif apabila memasuki separuh masa kedua. Semua orang mempunyai keinginan tinggi untuk memenangi perlawanan dan masing-masing bekerja keras demi pasukan. Namun, kesilapan yang telah berlaku tidak dapat diperbaiki,” kata Chanathip.
Meskipun tewas pada perlawanan pertama, namun pemain yang digelar “Messi Jay” itu berazam untuk bangkit dan membantu kelabnya meraih kemenangan pada perlawanan seterusnya.
“Secara peribadi, saya mahu beraksi di semua perlawanan dan membantu pasukan. Saya mahu mencipta jaringan dan membantu rakan sepasukan,” tambahnya.
Pada perlawanan seterusnya, Consadole Sapporo akan menghadapi bekas pasukan Teerasil Dangda, Sanfrecce Hiroshima pada saingan J. League Cup.
Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin di sini:
Chanathip Songkrasin Muncul Rakyat Thailand Pertama Dilantik Sebagai Duta Mastercard
Chanathip Songkrasin Mahu Bawa Consadole Sapporo Ke Pentas Asia Pada 2021