Pemain yang beraksi dalam saingan J.League, Chanathip Songkrasin dilantik sebagai ketua pasukan skuad kebangsaan Thailand bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan bermula pada 5 Disember ini.
Perkara ini diumumkan oleh pengurus pasukan, Nualphan Lamsam atau yang lebih dikenali dengan panggilan Madam Pang sebelum pasukan itu bertolak ke Singapura pada Rabu lalu.
🚨 BREAKING: @Chanathipjay is named Team Captain for @Changsuek_TH in the upcoming @affsuzukicup.#AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/5GEEYzVzNO
— Thai League Central (@TL_Central) December 1, 2021
“Saya telah melantik Jay (Chanathip) sebagai ketua pasukan manakala Siwarak Tedsungnoen dan Teerasil Dangda akan membantu sebagai naib ketua pasukan.
“Walaupun Jay baru berusia 28 tahun, namun beliau telah menampilkan prestasi baik bersama kelabnya (Hokkaido Consadole Sapporo) dalam saingan Liga Jepun.
“Chanathip juga seorang pemain yang pernah memenangi saingan ini dan mempunyai pengalaman luas. Jadi dia sesuai untuk diberikan tugasan ini.
“Saingan edisi kali ini penting untuk kami. Thailand adalah juara sebanyak lima kali tetapi Vietnam muncul sebagai juara pada edisi lalu. Kami mahu merebut kembali kejuaraan tersebut,” kata Madam Pang.
Chanathip Songkrasin pernah memenangi trofi Piala AFF Suzuki sebanyak dua kali iaitu pada edisi 2014 ketika menewaskan Malaysia di pentas akhir dan edisi 2016 dimana skuad Gajah Perang menewaskan Indonesia.
Pada aksi pertama menentang Timor Leste, Chanathip tidak dapat diturunkan kerana masih mempunyai komitmen bersama Consadole Sapporo. Pemain itu akan tersedia selepas aksi menentang Timor Leste.
Ketua jurulatih pasukan, Alexandre Polking menegaskan pemain berasa teruja dan sudah tidak sabar untuk memulakan aksi dalam saingan edisi kali ini.
“Kami teruja dan sudah tidak sabar untuk beraksi dalam kejohanan kali ini. Saya melihat kesungguhan dalam diri setiap pemain. Kami sudah bersedia dan sasaran kami ialah muncul sebagai juara.
“Kami akan memberikan segalanya dan membawa kembali trofi kejuaraan ke Thailand,” katanya.
Thailand diletakkan dalam kumpulan A bersama Timor Leste,tuan rumah, Singapura, Myanmar serta Philippines. Kumpulan A pula diisi oleh Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Baddrol Bakhtiar: Tak Mustahil Malaysia Mampu Layak Ke Final Piala AFF
Keisuke Honda Bakal Kendalikan Kemboja Hadapi Piala AFF Suzuki 2020