Aset penting jentera tengah skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin yang terlepas perlawanan bertemu UAE akibat kecederaan baru-baru ini dijangka pulih sepenuhnya menjelang perlawanan dengan Malaysia 14 November nanti.
Berdasarkan perkembangan semasa yang diperhatikan melalui laporan media bola sepak Jepun khususnya, beliau kini sudah mula menjalani latihan bersama pasukan sebagai persediaan untuk perlawanan J1 League bertemu Cerezo Osaka, Jumaat ini.
Selepas itu, pasukan Hokkaido Consadole Sapporo akan berdepan Kawasaki Frontale dalam perlawanan akhir kejohanan Levain Cup 2019 pada 26 Oktober dan perlawanan terakhir Chanathip Songkrasin sebelum kembali menyertai kem pasukan kebangsaan Thailand adalah berdepan Nagoya Grampus.
Musim 2019 ini, Chanathip telah membuat 23 penampilan J1 League, merekodkan 2,048 minit masa bermain dan menjaringkan 4 gol.
Dalam perkembangan lain, seorang lagi pemain tengah pasukan kebangsaan Thailand yang tersisih lebih lama akibat kecederaan hamstring, Thitipan Puangchan pula dijangka akan turut dipanggil.
Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa Thitipan Puangchan sebagaimana dimaklumkan secara rasmi oleh kelabnya, Oita Trinita memerlukan 8 minggu untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan tersebut.
Akira Nishino pastinya akan berhubung dengan ketua jurulatih Oita Trinita bagi mengetahui status Thitipan Puangchan sebelum membuat keputusan untuk memanggilnya atau pun tidak bagi perlawanan 14 dan 19 November 2019 nanti.
Skuad Oita Trinita juga berada dalam landasan tepat untuk memburu tiket automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2020 apabila akan berdepan Vissel Kobe dalam suku akhir Piala Maharaja Jepun 2019.
Baca juga artikel lain pernah kami terbitkan untuk anda berkaitan pemain-pemain Asia yang amat menarik.
Thitipan Puangchan Cedera Hamstring, Diramal Tidak Cergas Menjelang Perlawanan Bertemu Malaysia
7 Pemain Malaysia Berisiko Digantung 1 Perlawanan Jika Kutip Kad Kuning Bertemu Thailand