Selepas tamat perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 semalam, perlawanan seterusnya akan dilangsungkan pada 14 dan 19 November 2019 dan Malaysia akan beraksi ditempat sendiri untuk kedua-dua perlawanan tersebut.
Dua perlawanan itu cukup penting bagi Malaysia untuk mengutip 6 mata maksimum seterusnya mencerahkan peluang mendapat slot automatik ke Piala Asia 2023.
Berdasarkan status yang dikemaskini dalam laman web rasmi AFC, 7 pemain Malaysia sudah mengutip 1 kad kuning dari 3 perlawanan terdahulu. Sekiranya mereka mngutip 1 lagi kad kuning dalam perlawanan bertemu Thailand pada 14 November 2019, tindakan penggantungan 1 perlawanan dikenakan.
Senarai pemain Malaysia yang memiliki 1 kad kuning;
- Corbin Ong La Vere Lawrence (Perlawanan bertemu Indonesia)
- Matthew Thomas Davies (Perlawanan bertemu Vietnam)
- Shahrul Mohd Saad (Perlawanan bertemu Vietnam)
- Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak (Perlawanan bertemu Vietnam)
- Muhammad Syafiq Ahmad (Perlawanan bertemu Vietnam)
- Brendan Seng Ling Gan (Perlawanan bertemu UAE)
- Muhammad Safawi Rasid (Perlawanan bertemu UAE)
Mana-mana pemain diatas tidak akan dapat beraksi dalam pertemuan dengan Indonesia pada 19 November sekiranya mengutip 1 lagi kad kuning dalam perlawanan dengan Thailand.
Pemain-pemain perlu mengelakkan dari melakukan tindakan yang sia-sia yang bakal mengundang padah kepada pasukan sekiranya dilayangkan kad dan seterusnya tidak dapat membantu pasukan dalam mencapai sasaran ke Piala Asia 2023.
Berikut adalah tarikh perlawanan seterusnya bagi pasukan Malaysia selepas ini;
- 14 November 2019: Thailand – Stadium Nasional Bukit Jalil.
- 19 November 2019: Indonesia – Stadium Nasional Bukit Jalil.
- 26 Mac 2020: UAE -Al Maktoum Stadium, Dubai.
- 31 Mac 2020: Vietnam – Stadium Nasional Bukit Jalil.
- 9 Jun 2020: Thailand – Bangkok.
Jika diperhatikan, dari 5 perlawanan diatas semua perlawanan adalah sangat kritikal tetapi pertemuan dengan Indonesia mungkin sedikit kurang dari segi kekuatan berbanding Vietnam, Thailand dan UAE.
Dan pastinya barisan kejurulatihan akan membuat perkiraan dan perancangan untuk menghadapi perlawanan ini bagi menghasilkan impak yang maksimum kepada pasukan negara.
Artikel dibawah juga disediakan khas untuk anda sebagai peminat sejati pasukan bola sepak Malaysia.
Theerathon Bunmathan Sah Tidak Dapat Diturunkan Dalam Perlawanan Bertemu Malaysia Di Bukit Jalil
10 Jurulatih Liga Malaysia Bawa Pulang Ilmu Bola Sepak Dari Jepun
Tan Cheng Hoe Tidak Hadiri Sidang Media Selepas Malaysia Tewas Kepada Vietnam