Dua pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan mendapat pelepasan istimewa apabila tidak perlu menyertai kem latihan pusat menjelang baki aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia yang akan berlangsung Jun ini.

Persekutuan Bola Sepak Thailand (FAT) dan ketua jurulatih, Akira Nishino sedang merangka pelan untuk pasukan kebangsaan dan dua pemain ini tidak diwajibkan untuk pulang ke Thailand, sebaliknya diterbangkan terus ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari Jepun.

Chanathip
Chanathip Songkrasin. Sumber Gambar: Consadole Sapporo

“Jika Nishino mahu menggunakan khidmat dua pemain ini, besar kemungkinan mereka akan terus diterbangkan ke UAE bagi menyertai pasukan,” kata Setiausaha Agung FAT, Pathit Suphaphong.

Langkah ini diambil bagi mengelakkan Theerathon serta Chanathip untuk menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari yang ditetapkan oleh kerajaan Thailand ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Chanathip
Sumber Gambar: https://asia.nikkei.com/

Jika terus terbang ke UAE, tempoh kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan negara Arab itu lebih singkat dan kedua-dua pemain boleh segera menyertai rakan sepasukan.

Thailand akan berdepan Indonesia pada 3 Jun sebelum turun menentang pasukan negara pada 15 Jun. Skuad Gajah Perang ketika ini menduduki tangga ketiga dibelakang Malaysia dengan perbezaan satu mata dan tiga mata dibelakang pendahulu, Vietnam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Penjaga Gol Utama Terengganu, Rahadiazli Disahkan Mengalami Kecederaan ACL

Nick Swirad Jadi Pemain Kedua Malaysia Menangi Takhta Liga Di Thailand

Logo Dan Jenama Harimau Malaya Rupanya Sudah Didaftarkan Dengan MyIPO, FAM Adalah ‘Trademark Holder’