Ketua pasukan skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin berpendapat rakan sepasukan, Supachok Sarachat mempunyai kualiti yang mencukupi dan sudah bersedia untuk beraksi di liga luar negara.
Chanathip yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke juara J1, Kawasaki Frontale setelah hampir lima musim beraksi bersama Hokkaido Consadole Sapporo menyatakan ada ramai pemain Thailand yang menurut beliau sudah bersedia untuk beraksi di luar negara.
Do you agree with Chanathip?
Which Thai player do you want to see playing abroading? pic.twitter.com/ZGQ6xbI37l
— Thai League Central (@TL_Central) January 11, 2022
“Ramai pemain Thailand sudah bersedia untuk meningkatkan tahap permainan dan semua bergantung kepada peluang yang diterima. Siapa yang patut beraksi di luar negara? Supachok Sarachat adalah pilihan saya. Saya rasa dia sudah bersedia,” kata Chanathip..
Supachok sememangnya menjadi salah satu pemain yang menjadi pilihan untuk meneruskan legasi Chanathip dan beberapa pemain Thailand lain yang telah beraksi di Jepun seperti Teerasil Dangda dan Theerathon Bunmathan.
Di usia 23 tahun, Supachok sudah beraksi di peringkat tertinggi seperti AFC Champions League (ACL) bersama Buriram United selain beraksi bersama skuad kebangsaan di saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia dan Piala AFF Suzuki 2020 yang menyaksikan Thailand muncul juara.
Dari segi pencapaian, Supachok telah memenangi beberapa gelaran Thai League 1 bersama Buriram selain pernah dinobat sebagai pemain terbaik bagi saingan musim 2017.
Abang kepada Suphanat Mueanta ini menampilkan aksi cemerlang ketika diturunkan pada perlawanan akhir menentang Indonesia dan beliau menjaringkan satu gol pada aksi pertama yang menyaksikan Thailand memenangi perlawanan dengan keputusan 4-0.
Melihat kepada prestasi yang ditampilkan oleh Supachok Sarachat pada saingan Piala AFF Suzuki baru-baru ini, beliau sememangnya sudah bersedia untuk beraksi di luar negara dan saingan J. League dilihat sebagai satu pentas yang sesuai bagi pemain itu untuk meningkatkan tahap permainannya.
Selain Supachok, Thailand turut mempunyai beberapa pemain lain yang dianggap sudah bersedia untuk beraksi di luar seperti Suphanat Mueanta, Ekanit Panya, Worachit Kanitsribampen dan pemain yang mampu beraksi di posisi pertahanan dan tengah iaitu Kritsada Kaman.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
TMJ “Whatsapp” Presiden Melaka United, Minta Selesaikan Tunggakan Gaji
Billy Ketkeophomphone Bakal Isi Kuota Pemain Import ASEAN Sri Pahang?
RASMI: “Ini Mungkin ‘Challenge’ Terakhir Saya.” – Kawasaki Frontale Umumkan Chanathip Songkrasin