Kelab J. League, Cerezo Osaka semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan penjaga gol skuad kebangsaan Vietnam, Dang Van Lam.
Menurut perkongsian Everything Thai Football di laman media sosial Twitter, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan telah memberi kebenaran kepada Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) untuk mendaftarkan Van Lam sebagai pemain Cerezo.
🇻🇳 Dang Van Lam’s transfer to Cerezo Osaka is almost completed after FIFA has “provisionally” granted Japan Football Association (JFA) permission to register the Vietnamese keeper with it’s affiliated club. pic.twitter.com/QMt5IJyyau
— Everything Thai Football (@ETFthaifootball) January 27, 2021
Beberapa kelab di Jepun dan Eropah berminat untuk menandatangani Van Lam setelah penjaga gol itu menamatkan kontrak bersama Muangthong baru-baru ini.
Penamatan kontrak ini lantas membuatkan Muangthong kecewa dan mereka membuat aduan kepada FIFA terhadap Van Lam dan ejennya, Andrey Gushin kerana tindakan yang diambil tidak mendapat persetujuan dari pihak kelab.
Walaupun Cerezo Osaka berjaya memuktamadkan perpindahan Van Lam, namun perkara tersebut tidak akan menghalang siasatan yang akan dijalankan FIFA berhubung penamatan kontrak yang dilakukan oleh Andrey.
Van Lam dianggap sebagai salah satu penjaga gol terbaik di Asia Tenggara selepas membantu Vietnam memenangi Piala AFF Suzuki pada 2018 lalu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan liga bola sepak Asia di sini:
Sabah FC Mahu Dapatkan Khidmat Pemain Sayap Indonesia, Saddil Ramdani