Presiden UEFA, Aleksander Ceferin dengan terbuka mengkritik Liga Arab Saudi dalam perpindahan pemain bintang yang dianggap kuda tua sebagai strategi yang merugikan dan satu kesilapan.

Baca Juga:

Di mana ada beberapa kelab sudah melaburkan wang luar biasa banyaknya bagi memikat pemain bintang yang berada di fasa akhir karier mereka.

Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan kemudian N’golo Kante antara nama yang menerima pakej gaji luar biasa. Ada beberapa nama lain terus menjadi buruan kelab di Arab Saudi termasuk Alexis Sanchez, Hakim Ziyech dan Hugo Lloris.

Fenomena itu dianggap sebagai tidak sihat kepada pembangunan bola sepak, menurut presiden UEFA, Aleksander Ceferin. Dia membandingkan kesilapan itu dengan apa yang pernah berlaku di China sebelum ini.

Ceferin menganggap budaya tersebut tidak sihat kepada pembangunan bola sepak Arab Saudi secara keseluruhannya.

Bercakap kepada wartawan, Ceferin berkata: “Strategi perpindahan di Arab Saudi adalah satu kesilapan kepada bola sepak Arab Saudi itu sendiri.”

“Mereka harus melabur wang itu pada akademi, membawa masuk jurulatih berkualiti dan membangunkan pemain tempatan mereka sendiri.”

“Menandatangani pemain yang sudah berada di hujung karier adalah bukan sistem dalam pembangunan bola sepak.”

“Kesilapan yang sama pernah berlaku di China.”

“Beritahu saya, pemain mana yang berada di kemuncak karier dan usia mereka?”

“Pemain mana yang sanggup memulakan karier mereka dengan bermain di Liga Arab Saudi?”

“Bola sepak bukan kerana wang semata mata. Pemain pemain profesional mahu bermain dan memenangi pertandingan terbaik. Dan pertandingan pertandingan terbaik itu adalah di eropah.”

Ditanya adakah UEFA mulai risau mereka akan kehilangan ramai bintang besar dan mulai hilang daya tarikan, selepas nama seperti Cristiano Ronaldo, Benzema dan Lionel Messi kini tidak beraksi lagi dalam UCL. Ceferin berkata:

“Kami bukannya kehilangan mereka. Mereka memang masih bermain bola sepak, namun sudah di penghujung karier, maka ada pemain akan pergi ke tempat lain untuk meraih lebih wang.”