Menchester City  kes mereka untuk membatalkan larangan Liga Juara-Juara dua musim mulai Isnin.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu dijatuhkan hukuman oleh badan pengadilan kawalan kewangan kelab UEFA pada Februari kerana melanggar peraturan financial fairplay (FFP), dengan larangan bermain di pentas Eropah itu disertai denda €30 juta.

CFCB menyimpulkan City telah melakukan pelanggaran “serius” ke atas regulasi pelesenan kelab dan peraturan FFP dengan menyatakan berlebihan pendapatan tajaannya dalam akaunnya yang laporannya diserahkan kepada UEFA antara 2012 dan 2016.

Di samping itu, Man City dituduh gagal memberikan kerjasama ketika siasatan semula dibuat.

City segera menyatakan niat mereka untuk menentang keputusan UEFA yang mereka label sebagai “proses yang cacat dan bocor serta tak konsisten”, dan Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS) sekarang akan mendengar rayuan mereka di antara hari Isnin dan Rabu.

Laman pembongkar rahsia Jerman,  Der Spiegel, sebelum ini membocorkan dokumen yang menunjukkan salah laku oleh kelab yang dimiliki oleh Sheikh Mansour.

Di mana mereka telah menambah angka nilai perjanjian tajaan, yang melanggar peraturan FFP. City menolak dakwaan oleh Der Spiegel itu itu.

City dan UEFA sama sama berharap agar CAS akan dapat memberikan keputusan ke atas pengadilan mereka secepat mungkin.

etihad

Ini untuk mengetahui slot ke Eropah untuk pasukan dari England sebaik sahaja musim ini tamat.

Sebelum ini Man City pernah meminta CAS untuk menghalang siasatan semula oleh UEFA, tetapi CAS tidak dapat melakukannya, kerana UEFA belum mengeluarkan apa apa hukuman ketika itu.

City menuduh UEFA prejudis di dalam penghakiman mereka yang terdiri daripada pegawai pegawai UEFA sendiri. City meminta badan siasatan bebas untuk mengaudit perkara itu.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

5 Bakat Yang Dihasilkan Dari Akademi Genk

Leicester Beritahu Chelsea, Ben Chilwell Bukan Untuk Dijual

Spurs Pinjam RM941 Juta Dari Bank Of England Untuk Atasi Kerugian RM1.1 Billion