Di Limburg, Belgium, akademi pemain muda Genk telah menerapkan satu perkara yang unik dalam komunikasi mereka dengan para pemain muda.
Di mana mereka menerapkan pelbagai bahasa, termasuk, Inggeris, Danish, Belanda untuk membantu para pemain mereka berkomunikasi dengan mudah suatu hari nanti.
Maka tak hairanlah graduan lepasan akademi Genk di Belgium sangat bagus berbahasa Inggeris dan kini ramai pemain mereka yang merumput di Liga Perdana Inggeris, tanpa ada masalah bahasa.
Walaupun Genk tak akan mampu mempertahankan pemain mereka untuk kekal lebih lama bersama mereka, namun akademi Genk pasti berbangga dengan produk mereka hasilkan sehingga ada yang menjadi juara UCL.
Pada hari ini, klausa pembangunan pemain diselit pada seseorang pemain itu, membolehkan kelab mendapat wang daripada perpindahan pemain.
Genk antara akademi yang menghasilkan ramai bakat untuk skuad kebangsaan Belgium, yang kini sedang berada dalam generasi emas. Cuma masih mencari kejuaraan major.
Berikut 5 bakat dari akademi Genk yang mengharumkan nama negara mereka.
1. Kevin De Bruyne
Dianggap antara playmaker terbaik di dunia ketika ini. Dan pada masa ini, mungkin yang terbaik di EPL.
Beliau pemain yang kreatif dan memecahkan rekod Ozil selaku pemain paling pantas membekalkan 50 assist di Liga Perdana Inggeris.
Pemain yang dikurniakan dengan visi, kualiti hantaran dan kemampuan menjaringkan gol.
Selepas 4 musim cemerlang bersama Genk, menarik perhatian banyak kelab dan dipancing oleh Jose Mourinho di Chelsea.
Kevin De Bruyne is following UEFA A and B coaching badges with Belgium.
[@HLNinEngeland] pic.twitter.com/962xnP0UZc
— City Chief (@City_Chief) June 5, 2020
Namun sayang, beliau tidak berapa menjadi dan dijual. Aksinya ranum dan berada dalam prestasi tertinggi ketika di Wolfsburg dan kembali semula ke EPL menyertai Man City. Beliau kini menjadi pemain penting City dalam membantu kelab itu menjuarai beberapa piala termasuk EPL.
2. Thibaut Courtois
Counting down to LaLiga ⏰⚽️ #HalaMadrid pic.twitter.com/lb9HbzkZDB
— Thibaut Courtois (@thibautcourtois) June 1, 2020
Tidak ramai yang tahu, ketika di akademi Genk beliau adalah pemain bek kiri. Namun telah ditukarkan posisi ke penjaga gol kerana dia tinggi dan memiliki susuk yang sangat mantap untuk posisi itu.
Penjaga gol 6 kaki itu berjaya menarik perhatian dunia ketika bermain di Atletico dan kemudian dibeli oleh Chelsea bagi menggantikan legenda Petr Cech.
Courtois menjadi salah seorang pemain penting dalam kejayaan memecahkan dominasi Barca, Real Madrid dalam LaLiga. Ini apabila mereka menjuarinya pada 2014.
Selepas karier yang cemerlang di Chelsea beliau kini beraksi untuk Real Madrid.
Menjadi pemain penting negaranya dan menunjukkan aksi cemerlang ketika membantu Belgium menamatkan saingan Piala Dunia di tangga tertinggi dalam sejarah mereka.
3. Wilfred Ndidi
Selepas N’golo Kante meninggalkan Leicester, beliau terus menggalas tempat di dalam pasukan, sebaik sahaja menyertai Leicester.
Bukan senang nak mencari marquee player seperti Kante, namun apabila anda mendapatkan separuh daripada Kante, itu sudah cukup bagus.
https://twitter.com/TheOnlyAdeniyi/status/1268633008048873474
Ndidi memiliki kualiti itu. Pemain yang di-scout oleh akademi Genk ketika aksi pasukan pembangunan di Lagos. Leicester membeli Ndidi dengan nilai £17. Pada hari ini beliau sudah mendapat perhatian banyak kelab terutama sekali di EPL.
Seterusnya….
‘Corner taken quickly…..’
ya, kamu tahu sambungannya,
5. Divock Origi
Pemain yang menjadi cult hero dalam kempen kejuaran Eropah Liverpool 2019/20.
Selepas 9 tahun di akademi Genk, sejak berusia enam tahun, Origi berhijrah ke Lille. Dan beliau dibeli oleh Liverpool ketika dikendalikan Brendan Rodgers.
Berdepan dengan beberapa siiri kecederaan. Namun beliau membangun menjadi pemain penting untuk Liverpool sebagai depth player.
Beliau membuatkan Daniel Sturridge terpaksa meninggalkan Liverpool kerana tahu, Origi di hadapannya sebagai pemain depth.
88' – ORRRRRRIIIIIIGGGGGGGIIIIIIII!!! INCREDIBLEEEE!!!
[2-0] | #LIVTOT pic.twitter.com/Y0V0z6uvGZ
— Liverpool FC (@LFC) June 1, 2020
Gol penting berdepan Barcelona dan gol pemusnah pada final UCL membuatkan Klopp melabel Origi selayaknya digelar legenda Genk.
5. Timothy Castagne
Salah satu sebab Atalanta berada dalam kedudukan yang mengkagumkan adalah adanya Castagne.
Satu lagi produk akademi Genk dan bermain di posisi bek kanan.
Kini pemain berusia 24 tahun itu masih belum melanjutkan kontrak baharu dengan Atalanta.
https://twitter.com/_reecechambers/status/1248272174382755841
Destinasi beliau seterusnya dijangkan di England. Dengan Leicester dan Spurs berminat mendapatkan khidmatnya.