Carlos Teves dalam satu artikel yang dipetik dari laman web Goal.com semalam menyatakan bahawa para pemain bola sepak perlu menggunakan budi bicara untuk memberikan kerjasama kepada kelab ketika berdepan situasi sebegini.
Pemain yang digelar sebagai ‘El Apache’ itu percaya bahawa pemain bola sepak profesional diperingkat tertinggi patut ‘menawarkan’ pemotongan gaji ketika krisis COVID-19 ini.
“Seorang pemain bola sepak boleh hidup 6 bulan hingga setahun tanpa menerima gaji,” jelas Teves kepada America TV di Argentina.
“Kita bukan berada dalam situasi yang sama dengan orang yang tinggal dengan anak-anak setiap hari, keluar rumah dari jam 6 pagi hingga 7 malam untuk mencari rezeki.”
“Kita bukan contoh yang baik dalam kes ini; (tetapi dalam situasi lain mungkin). Kita perlu membantu mereka. Nampak senang untuk saya bercakap dari rumah kerana tahu ada makanan untuk anak saya.
“Tetapi untuk orang yang terdesak, tidak boleh bergerak dan meninggalkan rumah, itu membimbangkan.”
Selain itu, Carlos Teves juga menegaskan bahawa kelab juga perlu melakukan segalanya untuk membantu komuniti mereka.
“Kelab perlu terlibat untuk melakukan sesuatu kepada komuniti dari melakukan latihan disebelah pagi.
Beliau memberikan contoh dimana kelab boleh membuat video dan sebagainya tetapi adalah lebih baik untuk mereka keluar dan memberikan bantuan. Teves juga turut menyatakan bahawa satu impak positif yang boleh diambil dari pandemik ini adalah semua orang menjadi lebih bersatu padu tanpa mengira status kekayaan.
Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.
Inisiatif Terpuji AS Roma Hantar Bantuan Kepada Pemegang Pas Bermusim Yang Berusia 75 Tahun Keatas
Bagaimana Messi Menjadi Penggelecek Unggul Hanya Bersenjatakan Fake Body Feint