Selepas melihat kepada situasi yang berlaku apabila batch pertama graduan AMD, wujud satu persoalan dimana kemanakah destinasi untuk golongan pemain remaja elit di Malaysia ini sebenarnya.

Longgakan pemain-pemain berpotensi tinggi yang sudah dikenalpasti dan berlatih bertahun-tahun dalam satu atau dua pasukan sahaja dilihat tidak mampu untuk membawa mereka ini mengembangkan lagi bakat yang sedia untuk ‘meletup’ dan pemain-pemain ini memerlukan aksi yang kompetitif.

Dengan kedudukan dari segi kewangan majoriti pasukan lain yang terkapai-kapai dengan pasukan sedia ada, dari satu perspektif membayangkan bahawa pasukan ini sebenarnya tidak cukup bersedia untuk membawa diri sendiri pun apatah lagi mahu menjadi destinasi pemain remaja elit negara mencari tapak dalam dunia bola sepak kompetitif.

9889IMG_5060

Melihat kepada situasi ini, cadangan untuk ‘menghantar’ satu pasukan yang terdiri daripada graduan program AMD atau NFDP ini dalam aksi Liga Premier mungkin boleh dipertimbangkan buat masa sekarang.

Menggunakan konsep yang hampir serupa dengan program Harimau Muda sebelum ini, sekurang-kurangnya mereka mempunyai tempoh masa untuk membuktikan potensi yang ada kepada umum yang rata-rata jarang melihat aksi sebenar pemain-pemain elit ini.

Harimau-muda-a

Selain itu, ia turut membuka peluang kepada graduan ini bagi merasai bagaimana sebenarnya aksi bola sepak kompetitif dan seterusnya memungkin mereka untuk ‘adjust’ beberapa perkara yang mampu memacu mereka dengan lebih lagi.

Pastinya, tiada kelibat pemain lain yang diperlukan dalam pasukan ini dan hanya untuk para graduan AMD/NFDP sahaja serta tiada pemain import bagi melihat dengan lebih jelas kekuatan atau kelemahan yang boleh diperbaiki.

88154823_2892532394102519_4102584178824970240_o

Cadangan ini pastinya mempunyai komen dan pendapat yang berbeza dari ramai pihak mengenai beberapa isu lain seperti penjadualan, jumlah bilangan pasukan dan sebagainya, namun segala kata putus berada pada pihak tertinggi dalam bidang bola sepak di Malaysia untuk menentukan perkara seperti ini.

Apapun, perkara seperti ini akan berterusan selagi mana kelab-kelab dalam Liga Malaysia masih tidak mampu untuk memiliki kedudukan kewangan yang kukuh untuk memacu bukan sahaja perkembangan pemain muda seperti ini tetapi turut memperbaiki industri bola sepak secara keseluruhannya.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Luqman Hakim Semakin Sado Sejak Bersama KV Kortrijk, Siapkan Badan Untuk Cabar Bola Sepak Eropah!

TMJ: “Menggunakan Dana Kerajaan Hanya Bermaksud Penswastaan Yang Berpura-Pura.”

Kelab Liga Divisyen 4 Jepun Ini ‘Miliki Trak 40 Kaki’ Hasil Partnership Dengan Syarikat Logistik Tempatan