Burnley umumkan pemain baharu mereka Lyle Foster dengan video yang sangat kreatif.
Pendahulu Liga Kejuaraan Inggeris, Burnley pada hari Rabu mengesahkan bahawa kelab itu menandatangani penyerang Afrika Selatan, Lyle Foster dari Westerlo, Belgium.
Burnley membuat pengumuman tentang penandatanganan tersebut dengan parodi video lucu, parodi dari kartun Shrek yang digemari ramai.
Dalam video Farquaad ditunjukkan oleh cermin ajaib tiga pilihan untuk menandatangani Januari: Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, dan Foster. Dan dia memilih penyerang bernama Foster!
Saksikan di sini:
Once upon a time… 🪞 pic.twitter.com/7V18jjZLg8
— Burnley FC (@BurnleyOfficial) January 25, 2023
Orlando Pirates dilaporkan menerima sebanyak €7 juta untuk pemain berusia 22 tahun itu dan angka itu boleh mencecah €10 juta jika kelab itu layak ke Liga Perdana Inggeris.
Bonus tambahan itu kelihatan sangat berkemungkinan akan diaktifkan pada musim ini kerana Clarets sedang terbang tinggi di puncak Liga Kejuaraan ketika Burnley umumkan Lyle Foster.
Ianya selepas bekas pemain pertahanan Manchester City dan Belgium, Vincent Kompany setakat ini telah melakukan tugas yang hebat di Turf Moor.
“Saya sangat gembira berada di sini, saya dirahmati dan bersyukur atas peluang itu dan saya tidak sabar untuk memulakannya,” kata Foster kepada laman web rasmi Burnley.
Dia kemudian menambah bahawa, dia menjadi sangat teruja ketika mendapat tahu kelab dari England, Burnley berminat mendapatkan khidmatnya.
Lyle Foster menganggap ianya ibarat impian menjadi kenyataan untuk beraksi dalam bola sepak Inggeri.
“Dari saat saya mendengar bahawa terdapat minat dari Burnley, hati dan kepala saya tertuju kepada kelab. Saya sangat gembira berada di sini sekarang. Ia adalah impian untuk saya.”
Burnley kini berada lima mata di hadapan Sheffield United di puncak Liga Kejuaraan dan 18 mata di hadapan Watford di tempat ketiga.
Dengan pasukan dua teratas dalam carta liga pada akhir musim ini, mereka akan dijamin promosi ke Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.
Perlawanan seterusnya The Clarets ialah perlawanan pusingan keempat Piala FA di Ipswich hujung minggu ini, sebelum mereka meneruskan kempen liga mereka di Norwich pada 4 Februari.