Vincent Kompany hairan ramai pihak kritik Manchester City di atas tuduhan yang dihadapi kelab itu pada ketika ini.
Baca Juga:
- Jika Dibuktikan Bersalah, Manchester City Tak Boleh Rayu Kes Di CAS Seperti Sebelum Ini
- TERKINI: Manchester City Disiasat Langgar FFP Dan Berdepan Pemotongan Mata
- Manchester City Bakal Adakan Jelajah Pra Musim Di Dua Negara Asia
Bekas kapten Manchester City Vincent Kompany mempersoalkan motif pengkritik kelab tersebut, selepas penyandang juara itu dikenakan 115 pertuduhan berkaitan peraturan kewangan Liga Perdana.
Pada hari Isnin Liga Perdana membuat pengumuman menggemparkan mengenai pelbagai pertuduhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang berkaitan dengan salah laku dari tempoh antara 2009 dan 2018.
Dengan kemungkinan penalti berat dihadapi jika kelab itu didapati bersalah daripada denda hinggalah kepada hukuman penyingkiran.
Kompany, yang memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan empat Piala Liga selama 11 tahun di Stadium Etihad, tidak akan mengulas secara langsung mengenai pertuduhan yang dikenakan ke atas bekas majikannya.
Dan dia menegaskan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan secara mendalam perkara tersebut.
Kompany menegaskan bahawa: “Kadangkala sayha memikirkan tentangnya dan menggerakkan mata saya sedikit.”
“Tidak dinafikan terdapat banyak kebenaran di dunia yang akan muncul dan memberitahu apa kesalahan yang anda telah lakukan.”
“Dan kemudian jika semua orang merenung diri mereka sendiri, saya fikir industri bola sepak secara amnya bukanlah satu industri yang mampu untuk menuding jari terlalu banyak kepada orang lain.”
Former Manchester City captain Vincent Kompany has questioned the motives of the club's critics after the reigning champions were hit with more than 100 breaches of the Premier League's financial rules 👀 pic.twitter.com/sh55PyzFsr
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 8, 2023
“Saya rasa anda semua akan tersenyum lebar untuk mengetahui tentang industri bola sepak. Saya sangat skeptikal apabila orang mula menuding jari.”
“Lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan mari kita cuba dan perbaiki sepanjang masa tetapi saya agak ragu-ragu apabila terlalu mudah menuding jari ke atas kesalahan orang lain.”
Kompany berkata dia tidak mendengar atau membaca tentang butiran kes itu atau pihak yang kritik Manchester City kerananya.
Ini kerana dia ketika ini sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada Burnley, yang kini akan mengalihkan perhatian kembali ke EPL.
Sebelum ini Man City berjaya mencabar hukuman penggantungan ke atas mereka oleh UEFA dengan merayu di CAS. Cuma kali ini peraturan EPL menetapkan kelab EPL tidak dibenarkan membuat rayuan di CAS untuk kes yang dibuat atas pertuduhan daripada Liga Perdana.