Kelab Buriram United semalam secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, AIS untuk menyiarkan semua siaran langsung perlawanan kelab itu termasuk perlawanan yang lain sebelum ini.

Kolaborasi itu yang disifatkan sebagai sebuah langkah untuk lebih mendekati serta memenuhi keperluan dimana para penonton kini boleh menyaksikan perlawanan Buriram United dimana sahaja pada bila-bila masa.

Selain itu, perlawanan yang akan disiarkan melalui platform AIS Play itu juga akan membolehkan para peminat menonton perlawanan sebelum ini serta highlights dengan lebih muda seterusnya memberikan peluang besar untuk Buriram United mencapai reach dengan lebih efektif.

AIS-5G-Promotional-Banner-Thailand

Ketua Pegawai Eksekutif Buriram United menjelaskan bahawa selain dari siaran langsung percuma di saluran televisyen tempatan, langkah ini adalah satu pilihan yang diberikan untuk penyokong melalui AIS Play.”

“Ini akan membantu penyokong kami diseluruh negara berada lebih dekat dengan kelab ketika mereka jauh dari rumah. Samada ketika melancong atau melakukan aktiviti lain, mereka boleh menyaksikan perlawanan terus melalui telefon bimbit dengan mudah.

“Apa yang paling penting adalah peminat bola sepak boleh menonton tanpa mengira rangkaian yang digunakan. Anda tidak perlu menukar apa-apa.”

Menurut maklumat dari laman web rasmi Buriram United, perlawanan membabitkan pasukan itu bukan sahaja boleh disaksikan melalui aplikasi telefon bimbit sahaja tetapi juga boleh ditonton menggunakan AIS Playbox, Apple TV dan Samsung Smart TV box.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

TMJ Hanya Mahukan Yang Terbaik Di JDT, Padang Stadium Sultan Ibrahim Dalam Proses Pembaharuan Besar-Besaran

PBNP: Mohamadou Sumareh Didapati Bersalah Atas 4 Pertuduhan, Digantung 2 Tahun Dari Sebarang Aktiviti Bola Sepak

Thai League Terima Kelulusan Untuk Penonton Masuk Ke Stadium Sehingga 50% Kapasiti Venue