Pihak Thai League semalam secara rasmi mengumumkan bahawa mereka sudah menerima kelulusan khas dari pihak Centre for COVID-19 Situation & Administration (CCSA) untuk menambah bilangan penonton yang dibenarkan masuk ke stadium sehingga 50% dari kapaisiti tanpa bilangan maksimum.
Sebelum ini pihak CCSA hanya membenarkan kehadiran penonton pada kadar 25% dari kapasiti stadium selain dikenakan bilangan maksimum 4,000 orang sahaja.
Dengan pengumuman itu juga setiap stadium dibawah kelolaan Thai League dibenarkan untuk membuka 50% kehadiran penonton mengikut kapasiti stadium mulai perlawanan pada minggu ini.
Berikut adalah senarai kapasiti mengikut stadium yang dibenarkan seperti diumumkan oleh pihak Thai League;
Mengikut gambar diatas, Buriram United dan Nakhon Ratchasima FC merupakan 2 kelab yang mampu menjual tiket dengan bilangan lebih 10,000 keping dan Samut Prakan City FC pula paling sedikit dengan kapasiti dibenarkan pada 2,565 sahaja.
Pihak Thai League turut mengingatkan semua kelab agar melaksanakan SOP seperti yang telah ditetapkan oleh CCSA untuk kebaikan semua pihak yang terlibat dalam industri termasuk keselamatan para penyokong yang hadir.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Ketua Jurulatih Police Tero FC Jelaskan Faktor Kecergasan Punca Sumareh Tiada Dalam Senarai Pemain