Naib juara saingan Thai League 1, Buriram United telah memulakan persiapan bagi menghadapi cabaran musim 2020 nanti apabila menandatangani tiga pemain import baharu bagi memperkukuhkan pasukan.
Perkara ini disahkan sendiri oleh kelab tersebut menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dimana Buriram berjaya mendapatkan khidmat dua penyerang dari Amerika Selatan, Ricardo Bueno dan Bernardo Cuesta serta pemain tengah Korea Selatan, Jung Jae-yong.
⚡ Newin Chidchob confirms 3 new foreign players of Buriram United with aims to win back their place as champs in Toyota Thai League season 2020 ⚽🇹🇭#WeSupportThaiLeague #ToyotaThaileague #ToyotaThaileague2020 #ThaiLeague #ฟุตบอลไทย #บอลไทย pic.twitter.com/YPyfc8ioTO
— ThaiLeague (@thaileague) December 18, 2019
Ramai pihak terutamanya peminat Buriram United mengharapkan kehadiran Bueno dan Cuesta dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Diogo Luis Santo yang berhijrah menyertai Johor Darul Ta’zim pada awal musim ini. Manakala Jae-yong diharap dapat mengukuhkan lagi bahagian tengah pasukan yang dibimbing oleh Bozidar Bandovic itu.
Pada saingan musim 2019, Buriram menamatkan saingan tanpa memenangi sebarang trofi dimana mereka menduduki tangga kedua dalam saingan Thai League 1 di belakang Chiangrai United selain terlepas peluang untuk memenangi Piala FA dan Piala Liga.
Baca artikel lain mengenai Buriram United yang telah kami sediakan di sini:
Newin Chidchob Jelaskan Sebab Kenapa Buriram United Tidak Guna Jersi ‘Branded’ Untuk Pasukan Mereka
Buriram United Lancar ‘3 Tier’ Pas Bermusim 2020, Harga Pas Paling Murah Adalah RM175