Buriram United terus menjadi contoh dalam hal mengukuhkan kewangan pasukan di rantau Asia Tenggara apabila mereka berjaya membuat kutipan sebanyak RM2.1 Juta ketika perlawanan Thai League 1 menentang BG Pathum United baru-baru ini.
Baca Juga:
- Buriram United Enggan Lepaskan Pemain Ke Skuad Thailand
- Buriram United Peroleh RM4.3 Juta Hasil Dari Jualan Jersi
- Dion Cools Raih Kejuaraan ‘Treble’ Bersama Buriram United
Menurut perkongsian salah seorang wartawan di Thailand, Buriram berjaya membuat jualan jersi sebanyak 19,236 helai dimana setiap satu jersi berharga 740 baht atau sekitar RM98.
Selain itu, seramai 27,548 penyokong hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan dan pihak kelab berjaya mengutip sebanyak 2 Juta Baht atau sekitar RM265 Ribu menerusi jualan tiket. Secara keseluruhan, Buriram berjaya memperoleh kutipan sebanyak 16 Juta Baht atau sekitar RM2.1 Juta untuk satu perlawanan sahaja.
⚡️ Buriram United vs. BGPU 🐰
🏟️Attendance: 27,548
🎫Ticket Sales: 2,089,600 baht
👕Merchandise Sales: 14,234,655 baht
🎫+👕Total: 16,324,255 bahtSo, 1 Buriram jersey = 740 baht
If you do the math, 14,234,655 / 740 = 19,236
That means they sold 19,236 kits tonight 😳 pic.twitter.com/KifDLjbycy— Ta Lao (@talao_) October 29, 2023
Sebelum ini, Buriram United berjaya menjual sebanyak 45,000 helai jersi pada hari pertama jualan jersi home baharu yang dipakai untuk musim 2023/2024. Kelab itu memperoleh kutipan sebanyak 33 Juta Baht atau sekitar RM4.3 Juta.
Jumlah RM4.3 Juta itu terus masuk ke dalam kantung pasukan kerana Buriram United tidak menjalin kerjasama dengan mana-mana pengeluar jersi dan mereka membuat sendiri jersi yang dipakai setiap musim.
Antara faktor utama mengapa jersi kelab yang dijuluki The Thunder Castle itu laris dijual setiap tahun adalah harga yang dianggap berpatutan kerana tidak terikat dengan mana-mana pihak.
Pada musim 2021, Buriram berjaya menjual sebanyak 51,000 helai jersi terbaru mereka pada musim itu dan mendapat hasil jualan sebanyak THB35.6 juta atau sekitar RM4.56 juta.
Apa yang lebih menarik lagi, hadiah wang kemenangan bagi mana-mana kelab yang muncul juara saingan Thai League 1 adalah sebanyak THB10 juta atau RM1.28 juta. Akan tetapi, Buriram mendapat tiga kali ganda daripada nilai itu menerusi penjualan jersi mereka.
Pencapaian Buriram ini wajar dijadikan sebagai contoh oleh kelab Liga Malaysia dimana sekiranya mereka mempunyai pelan bisnes yang kukuh dari segi penjualan tiket dan juga barangan rasmi pasukan, maka mereka mampu untuk memantapkan lagi kantung pasukan.