Kelab Thailand, Buriram United terus mencipta rekod cemerlang dari segi penjualan jersi apabila mereka meraih sebanyak 33 Juta Baht atau sekitar RM4.3 Juta hasil daripada penjualan jersi Home baharu bagi musim 2023/2024.
Baca Juga:
- Dion Cools Raih Kejuaraan ‘Treble’ Bersama Buriram United
- Dion Cools, Buriram United Muncul Juara Thai League 1 2022/23
- Buriram United Peroleh 11 Juta Baht Hasil Jualan Tiket Dan “Merchandise” Pada Aksi Menentang BG Pathum
Menurut perkongsian salah seorang wartawan sukan di negara itu, Buriram menjual jersi dengan harga 740 Baht atau sekitar RM98 sehelai dan kelab itu berjaya menjual sebanyak 45,000 helai jersi pada hari pertama jualan. Satu angka yang cukup cemerlang!
🤑 33 MILLION BAHT on launch day
⚡️ Buriram United announce the first lot of their 2023/24 home jerseys have been SOLD OUT.
That’s 45,000 shirts each sold for 740 baht = 33.3M Baht 💰
To put that into perspective, the Thai League champions receive 10M Baht. pic.twitter.com/EJJ7sCVVD2
— Ta Lao (@talao_) August 2, 2023
Pihak kelab mengumumkan bahawa jersi baharu mereka habis terjual pada hari pertama dan akan membuka pesanan kepada peminat yang tidak dapat membeli jersi bermula hari ini.
Jumlah RM4.3 Juta itu terus masuk ke dalam kantung pasukan kerana Buriram United tidak menjalin kerjasama dengan mana-mana pengeluar jersi dan mereka membuat sendiri jersi yang dipakai setiap musim.
Antara faktor utama mengapa jersi kelab yang dijuluki The Thunder Castle itu laris dijual setiap tahun adalah harga yang dianggap berpatutan kerana tidak terikat dengan mana-mana pihak.
Pada musim 2021, Buriram berjaya menjual sebanyak 51,000 helai jersi terbaru mereka pada musim itu dan mendapat hasil jualan sebanyak THB35.6 juta atau sekitar RM4.56 juta.
Apa yang lebih menarik lagi, hadiah wang kemenangan bagi mana-mana kelab yang muncul juara saingan Thai League 1 adalah sebanyak THB10 juta atau RM1.28 juta. Akan tetapi, Buriram mendapat tiga kali ganda daripada nilai itu menerusi penjualan jersi mereka.
Musim lalu, Buriram memperoleh sekitar 11 Juta Baht atau kira-kira RM1.3 Juta pada perlawanan menentang BG Pathum United dalam saingan Thai League 1.
Seramai 21,648 penyokong hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan antara kedua pasukan dan Buriram mendapat jualan dari segi tiket sekitar RM1.4 Juta Baht atau RM174 Ribu manakala dari segi penjualan barangan rasmi kelab seperti jersi mereka memperoleh sekitar 9.7 Juta Baht atau kira-kira RM1.19 Juta.
Pencapaian Buriram ini wajar dijadikan sebagai contoh oleh kelab Liga Malaysia dimana sekiranya mereka mempunyai pelan bisnes yang kukuh dari segi penjualan tiket dan juga barangan rasmi pasukan, maka mereka mampu untuk memantapkan lagi kantung pasukan.