Kelab Thai League 1, Buriram United menjadi kelab paling bernilai di rantau Asia Tenggara diikuti oleh juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) di tempat kedua.
Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman media sosial Twitter dimana kelab dari lima negara Asean iaitu Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Indonesia berada dalam senarai.
#Stats | 📈TOP 10 ASEAN'S CLUB WITH HIGHEST MARKET VALUE IN 2022 (As of 3/2022)
🇹🇭 Buriram United is the most valuable club of Asean in 2022 with 7.53 millions €
Data by #transfermarkt #ThaiLeague #MFL #SPL #Liga1 #Vleague pic.twitter.com/Lgdkpk8vWp
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) March 16, 2022
Buriram United menduduki tangga pertama dimana mereka dianggarkan bernilai sebanyak €7.5 Juta atau sekitar RM34.7 Juta. Di tangga kedua adalah JDT dimana kelab itu bernilai €7.25 Juta atau sekitar RM33.5 Juta.
Juara Thai League 1 musim lalu, BG Pathum United berada di tempat ketiga dimana mereka bernilai €6.43 Juta atau sekitar RM29.7 Juta. Port FC berada di tangga keempat dimana kelab kelolaan Madam Pang atau Nualpan Lamsam itu bernilai €6.40 Juta atau sekitar RM29.6 Juta.
Kelab terkaya Liga Singapura iaitu Lion City Sailors berada di tangga kelima dengan nilai sebanyak €6.18 Juta atau sekitar RM28.6 Juta. Bangkok United menduduki tangga keenam dimana mereka bernilai €6.15 Juta atau sekitar RM28.5 Juta.
Juara bertahan Liga 1 Indonesia, Bali United berada di tangga ketujuh dengan nilai €5.36 Juta atau sekitar RM24.8 Juta diikuti dengan kelab Vietnam, Hanoi FC di tangga kelapan dengan nilai €5.35 Juta atau sekitar RM24.6 Juta.
Tangga kesembilan dan kesepuluh dihuni oleh Muangthong United dan Persib Bandung dimana Muangthong bernilai €5.13 Juta atau sekitar RM23.7 Juta dan Persib bernilai €5.03 Juta atau sekitar RM23.2 Juta.
Sepuluh kelab yang tersenarai di atas sememangnya sarat dengan kejuaraan khususnya di peringkat domestik dan sentiasa beraksi di pentas tertinggi bola sepak Asia seperti AFC Champions League (ACL) dan Piala AFC.
Selain itu, kelab di atas dibarisi oleh pemain terbaik yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi selain mempunyai aset bernilai jutaan ringgit seperti stadium, pusat latihan dan fasiliti lain yang dimiliki.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Peminat Sambut Baik Kehadiran Zhafri Yahya Dalam Skuad Kebangsaan
Media Thailand Dedahkan ‘Revenue’ Thai League 2020 Menjunam 63%, Catat Kerugian Bersih RM3.76 Juta