Juara bertahan saingan Thai League 1, Buriram United berminat untuk mendapatkan penyerang skuad kebangsaan Ireland Utara yang ketika ini beraksi bersama pasukan bimbingan Steven Gerrard, Rangers iaitu Kyle Lafferty.
Lafferty yang berusia 31 tahun menjadi watak penting dalam perjalanan Rangers muncul sebagai naib juara dibelakang seteru utama mereka, Celtic dalam saingan Scottish Premiership musim 2018/2019. Pemain tinggi lampai ini sudah mewakili Ireland Utara sebanyak 70 kali di peringkat antarabangsa.
Menurut laporan Daily Record, Buriram telah menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Kyle. Mereka juga sudah memberikan tawaran kepada penyerang itu dimana tawaran tersebut adalah dua kali ganda daripada apa yang diperoleh di Rangers. Namun, Kyle menolak tawaran tersebut.
Meskipun tawaran awal mereka ditolak, namun Buriram memberi jaminan mereka akan kembali dengan tawaran yang lebih baik sekaligus cuba membawa bekas bintang Norwich City itu ke Thailand.
Selain Buriram, kelab dari Arab Saudi dan juga Qatar juga berminat untuk mendapatkan khidmat Lafferty. Namun setakat ini hanya Buriram yang memberikan tawaran.
When #ToyotaThaiLeague 🔝 3⃣ stumble 📈#ThaiLeague #ฟุตบอลไทย #ไทยลีก pic.twitter.com/hNUM3oaRT1
— ThaiLeague (@thaileague) June 30, 2019
Pasukan bimbingan Bozidar Bandovic ketika ini menduduki tangga teratas dalam carta Thai League 1 dengan kelebihan 3 mata dihadapan Bangkok United, Pattaya United dan Chiangrai United.
Pada jendela perpindahan kedua, Buriram telah membawa masuk Kevin Ingreso, Nacer Barazite dan Rasmus Jonsson.