Buriram United berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan kiri berpengalaman, Theerathon Bunmathan sebagai salah satu usaha untuk mencabar kejuaraan Thai League musim ini.
Menurut perkongsian Thai League Central, pemilik Buriram iaitu Newin Chidchob mendedahkan beliau hanya membayar yuran perpindahan sebanyak $200 Ribu atau sekitar RM840 Ribu bagi mendapatkan khidmat Theerathon.
UPDATE: Buriram United owner Newin Chidchob reveals that the side paid a transfer fee of $200,000 (6.6 million THB) to Yokohama F. Marinos to secure the signing of Theerathon Bunmathan. pic.twitter.com/OGkJfeNsJK
— Thai League Central (@TL_Central) January 3, 2022
Menurut pemerhati bola sepak Thailand, harga yang dibayar oleh Buriram ini adalah cukup rendah memandangkan pemain itu merupakan salah satu pemain terbaik Thailand ketika ini disamping Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda.
Meskipun sudah menginjak usia 31 tahun, namun Theerathon masih menjadi pilihan untuk mengisi kesebelasan utama Yokohama F Marinos dan juga skuad kebangsaan Thailand dan beliau juga membantu skuad Gajah Perang memenangi saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang berlangsung baru-baru ini.
Can someone please explain why J.League clubs let their players go for so cheap? Even Buriram was surprised. I know he’s 31 with a year left on his contract, but he’s still in the first XI https://t.co/KFNdETky5p
— Gian Chansrichawla (@GianChansricha1) January 3, 2022
Sebelum beraksi di Jepun, Theerathon pernah menyarung jersi Buriram United, lebih tepatnya pada musim 2009 hingga 2016. Setelah enam tahun beraksi bersama Buriram, Theerathon kemudiannya menyertai seteru utama The Thunder Castle iaitu Muangthong United.
Muangthong membayar yuran perpindahan sebesar 35 Juta Baht atau sekitar RM4.4 Juta sekaligus mencatat rekod sebagai perpindahan termahal dalam saingan Thai League 1. Rekod tersebut kemudiannya dipecahkan oleh Tanaboom Kesarat yang menyertai Port FC.
Pada musim 2018, Theerathon menyertai Vissel Kobe secara pinjaman dan beliau beraksi dengan beberapa nama besar dalam saingan J. League seperti Andres Iniesta dan Lukas Podolski.
Theerathon kemudiannya menyertai Yokohama F Marinos pada Januari 2019 juga secara pinjaman dan pemain itu membantu Yokohama memenangi saingan J1 dan berkat prestasi cemerlang yang ditampilkan, Theerathon mendapat kontrak secara tetap. Setelah empat musim di Jepun, beliau kembali ke Thailand bagi menghadapi musim 2022.
Buriram ketika ini sedang menduduki tangga teratas dalam carta Thai League 1, hanya dijarakkan dengan perbezaan jaringan dengan pasukan di tangga kedua iaitu Bangkok United.
Kehadiran Theerathon dilihat mampu untuk meningkatkan peluang Buriram untuk muncul juara memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas serta sudah memahami saingan bola sepak Thailand.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Scott O’Donell Mahu FAM Lantik Jurulatih Import Untuk Skuad Harimau Malaya
Media Terkenal Thailand Dedahkan Kiatisuk Senamuang Salah Seorang Calon Ketua Jurulatih Malaysia
Kedah Rancang Bina Pusat Latihan Sendiri Lengkap Dengan Hub Prestasi Sukan Dan Perubatan