Pemain tengah sensasi Manchester United, Bruno Fernandes berkata, pasukannya sudah tidak memikirkan tentang kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Bruno Fernandes memilih untuk bersikap realistik dan menganggap perjuangan Man United ke kedudukan teratas akan berakhir lebih awal.
Man United ketika ini 19 mata di belakang Manchester City dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Walaupun Fernandes menyatakan bahawa mereka sudah gagal dalam kejuaraan EPL musim ini, Manchester United tetap mensasarkan piala lain untuk dijulang musim ini.
Ketika ini, pasukan yang digelar Red Devils itu masih berada di tangga ke-4 dalam kedudukan Liga Perdana dengan kutipan 38 mata. Namun ada beberapa pasukan pesaing yang masih kekurangan perlawanan berbanding mereka.
Maestro Manchester United itu berkata: “Kejuaraan liga kini sudah terlalu jauh untuk kami. Kami perlu realistik dan hanya mensarkan untuk berada di empat teratas untuk mendapatkan satu tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan,” kata pemain tengah Portugal itu.
Fernandes kemudian menegaskan bahawa United masih lagi dalam persaingan untuk trofi lain pada musim ini. Mereka mahu memenangi salah satu daripadanya. Di mana Man United kekal bersaing dalam Piala FA dan Liga Juara-Juara.
Walaupun mengakui ada pihak yang skeptikal tentang kemampuan Manchester United untuk memenangi piala seperti Piala FA atau UCL, namun bintang Portugal itu menegaskan bahawa, dia tak pedulikan mulut mulut tersebut.
“Saya tidak kisah apa yang orang katakan tentang peluang kami memenangi Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah,” jelas beliau.
Bruno Fernandes sets Man Utd trophy targets after admitting Premier League failure | @DiscoMirrorhttps://t.co/NIckPl5GyH pic.twitter.com/HuZY8uBqwo
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 24, 2022
“Kami mempunyai peluang dan kualiti untuk memenangi pertandingan itu dan yang paling penting, kami masih berada di dalamnya,” tegas Fernandes lagi.
Bruno Fernandes masih belum memenagi sebarang trofi sejak menyertai Man United beberapa tahun lalu. Beliau mahu mengisi semula trofi kabinet di Old Trafford dengan piala.
Mentaliti Bruno Fernandes itu dipuji para peminat Man United yang berharap lebih ramai lagi pemain memiliki mentaliti juara yang sama dengan beliau.
Ini kerana kelab seperti Manchester United perlu memenangi trofi.
Sebelum ini Cristiano Ronaldo turut mengingatkan bahawa beliau bukan datang ke United untuk berada di tempat ketujuh, keenam mahupun kelima sekalipun. Sebaliknya beliau datang untuk menjadi juara.