Berita yang agak mengejutkan dari Brazil, di mana pasukan Brazil sedia lantik Zinedine Zidane menjadi pengurus baharu mereka.
Tite sudah meletak jawatan sebagai pengurus selepas Brazil tersingkir daripada peringkat suku akhir Piala Dunia.
Zinedine Zidane merupakan bekas pemain Perancis yang pernah merobek hati seluruh warga Brazil pada 1998 ketika membantu Perancis menewaskan Brazil di final Piala Dunia dengan skor 3-0.
Zidane kini tiada jawatan di dalam pengurusan bola sepak. Masih lagi berehat selepas meninggalkan Real Madrid.
Zidane merupakan pengurus yang memiliki rekod dengan 3 UCL bersama Real Madrid.
Dikaitkan dengan beberapa jawatan di seluruh dunia termasuk pernah dikaitkan dengan pasukan Qatar sebelum ini.
Namun Zidane dilaporkan lebih berminat menunggu jawatan di Perancis.
L’Equipe sebelum ini melaporkan, Zidane akan tetap menjadi pengurus Perancis walaupun Didier Deschamps membawa Perancis juara Piala Dunia 2022 – yang akan menjadi Piala Dunia kedua Deschamps sebagai pengurus Les Bleus, jika berjaya.
Brazil kini berharap agar dapat lantik Zidane untuk menggantikan Tite. Ini kerana reputasi Zidane yang bagus dalam mengendalikan pemain bintang ketika di Real Madrid.
🚨 Brazil want to make Zinedine Zidane the new coach of the national side! 🇧🇷👔🇫🇷
(Source: @okdiario) pic.twitter.com/M7pHjHI4Da
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) December 14, 2022
Brazil dikenali sebagai pasukan yang sentiasa diuruskan oleh pengurus dari Brazil sendiri.
Jadi, ramai juga yang merasakan ianya akan menjadi kejutan besar melihat pengurus luar menjadi pengurus Brazil.
Legenda Brazil, Rivaldo antara yang terbuka menentang idea tersebut. Di mana menurutnya ianya adalah satu penghinaan buat jurulatih di Brazil. Rivaldo percaya, negara mereka masih memiliki lambakan pengurus yang berkelas dunia.
Dia tidak senada dengan bekas rakan sepasukannya, Ronaldo yang terbuka menerima perlantikan jurulatih luar dan yakin ianya akan memberikan manfaat kepada bola sepak Brazil.
Rivaldo berkata: “Saya tak setuju dan merasakan ianya satu penghinaan buat jurulatih tempatan kita, jika melantik orang luar jadi jurulatih Brazil.”
“Saya berpendapat, ramai jurulatih yang bagus layak menggalas jawatan ketua jurulatih Brazil termasuk Rogerio Ceni, Fernando Diniz, Cuca, Renato Gaucho dan Dorival Jr.”
Rivaldo kemudian menambah: “Melantik jurulatih luar masih bukan jaminan kepada kejayaan pasukan Brazil.”