Ketua jurulatih skuad B-22 tahun negara, Brad Maloney menegaskan pintu sentiasa terbuka untuk pemain lain beraksi bersama pasukan negara pada temasya AFC B-23 tahun hadapan.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Brad memberi bayangan bahawa beliau mahu memberikan peluang kepada pemain yang tidak dipanggil pada aksi kelayakan yang baru sahaja berakhir.
"The door is always open" jurulatih B22 negara Brad Maloney akui pemain lain tetap berpeluang beraksi di Piala Asia B23 tahun depan. Selain Arif Aiman, pemain yang 'eligble' beraksi antaranya Sharul Nazeem, Hadi Fayyadh, Danial Asri dan Wan Kuzri.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 2, 2021
Pasukan negara menampilkan prestasi yang baik pada aksi kelayakan AFC B-23 tahun di Ulaanbaatar baru-baru ini dimana Malaysia mencatat dua kemenangan dan satu seri sekaligus muncul juara kumpulan J.
Malaysia menewaskan Laos dan Mongolia dengan keputusan 1-0 sebelum seri tanpa jaringan ketika bertemu Thailand sekaligus mengesahkan tempat dalam saingan yang bakal diadakan di Uzbekistan tahun hadapan.
🌟 Presenting the 1️⃣6️⃣ 2022 #AFCU23 Uzbekistan finalists 🌟
Which team will you be supporting? pic.twitter.com/gMt7qsVsvX
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) November 2, 2021
Setelah berjaya melayakkan diri, terdapat desakan agar Brad Maloney memanggil pemain muda negara yang bermain di luar negara agar dibawa ke Uzbekistan bagi memperkuatkan pasukan.
Pemain seperti Kobe Jae Chong (Peterborough United) Jaami Qureshi (Brighton and Hove Albion), Omar Raiyan (Red Star Belgrade), Wan Kuzri, Haddi Fayyadh (Azul Claro Numazu) serta beberapa pemain lain yang beraksi dalam saingan liga tempatan seperti Shahrul Nazeem, Danial Asri (Selangor) dan Arif Aiman, Alif Mutalib (Johor Darul Ta’zim) menjadi antara pemain yang dianggap mampu untuk menambah kekuatan pasukan negara.
Berdasarkan mekanisme undian yang digunakan sebelum ini, kedudukan pot undian pasukan yang layak ke pusingan akhir ditentukan berdasarkan kedudukan akhir pasukan dalam edisi terdahulu.
Malaysia diramalkan akan berada dalam balang undian ke-4, manakala pasukan Thailand U23 pula dijangka berada dalam balang undian ke-2. Ramalan balang undian kejohanan AFC U23 Asian Cup 2022 adalah seperti berikut;
Balang Undian 1: Uzbekistan, Korea Selatan, Arab Saudi, Australia
Balang Undian 2: Jordan, Thailand, UAE, Iran
Balang Undian 3: Iraq, Qatar, Japan, Vietnam
Balang Undian 4: Kuwait, Malaysia, Tajikistan, Turkmenistan
Thailand layak ke pusingan suku akhir dalam edisi terdahulu dan itu adalah faktor utama mengapa mereka berada dalam balang undian yang lebih baik. Manakala, Vietnam yang gagal ke pusingan kalah mati pada edisi 2020 ditempatkan dalam pot undian ke-3.
Secara umumnya, 12 pasukan yang beraksi dalam kejohanan AFC U23 Asian Cup 2020 berada dalam balang undian 1 hingga 3. Kuwait dan Malaysia adalah 2 pasukan yang kembali beraksi dalam pusingan akhir dan Tajikistan serta Turkmenistan akan melakukan penampilan pertama tahun hadapan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Piala Malaysia 2021: Atasi Sabah, JDT Sahkan Kemaraan Ke Suku Akhir
Tidak Dapat Pulang Ke Indonesia, Saddil Ramdani Dakwa Pahang Tak Bayar Cukai Tahun 2019