Pengendali dari Croatia, Bojan Hodak membuat keputusan yang mengejutkan apabila mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua jurulatih KL City hari ini.
Baca Juga:
- Final Piala FA 2023: Bojan Hodak Harap Dapat Pengadil Yang Bagus Dan Tegas
- Bojan Hodak Berang Dengan Tindakan Kim Pan-gon
- Bojan Hodak: Diharapkan ‘Cerita Dongeng’ Kami Berakhir Dengan Indah
Menurut sumber yang dikongsi oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, keputusan tersebut dibuat kerana jurulatih yang berusia 52 tahun itu telah mendapat tawaran dari kelab luar negara.
EXCL: Bojan Hodak letak jawatan. Jurulatih dari Croatia itu buat keputusan undur diri pada musim ketiga bersama KL City. Jurulatih yang membawa KL City ke final Piala Malaysia 2021, Piala AFC 2022 dan Piala FA 2023 itu dapat tawaran sebuah kelab luar negara. 👋🏼@ASTROARENA pic.twitter.com/O9Rc7BwbN3
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 26, 2023
Tempat beliau digantikan oleh penolong jurulatih KL City, Nenad Bacina yang juga dari Croatia bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Bojan adalah antara jurulatih yang paling cemerlang di Malaysia apabila berjaya membawa KL City mara ke final Piala Malaysia 2021, Piala AFC 2022 dan terbaharu Piala FA 2023 selepas tewas 0-2 kepada JDT sabtu lepas.
Berdasarkan rekod, beliau telah membawa Kelantan meraih kejuaraan ‘treble’ – Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia – pada 2012 serta membantu JDT menjuarai Liga Super dan Piala Sumbangsih pada 2014.
Bojan juga mempunyai pengalaman mengendalikan beberapa kelab di Asia Tenggara seperti kelab Indonesia, PSM Makassar dan pernah membantu Phnom Penh Crown menjuarai Liga Kemboja pada musim 2011.
Namun difahamkan beliau bakal kembali ke Indonesia bagi melatih pasukan Persib Bandung.
Dobrodošli Bojan Hodak 🇭🇷
Wilujeng sumping Bojan HodakPelatih berkebangsaan Kroasia ini akan memimpin #PERSIB dalam melanjutkan kompetisi Liga 1 musim ini.
Semoga sentuhan magisnya bisa membawa #PERSIB bangkit dan berprestasi 📈 pic.twitter.com/AAHtjDy1f4
— PERSIB (@persib) July 26, 2023
Sebelum menyertai Kelantan, beliau merupakan penolong jurulatih kelab Liga Super China, Shandong Taishan pada musim 2011 hingga 2012.
Malah, Bojan Hodak juga cemerlang di peringkat antarabangsa apabila membantu skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19) menjuarai Piala AFF B-19 pada tahun 2018 selain membawa pasukan itu mara ke saingan Piala AFC B-19.