Gol tunggal Saka telah memberikan 3 lagi mata buat Arsenal dalam kempen Liga Europa / UEL mereka.
Arsenal meneruskan permulaan sempurna mereka dalam Liga Europa apabila gol Bukayo Saka menjaringkan kemenangan 1-0 di Bodo/Glimt.
Bukayo Saka menjaringkan gol pada pertengahan separuh masa pertama di Norway untuk memberikan The Gunners kemenangan ketiga dalam perlawanan dalam Kumpulan A.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu unggul lima mata di hadapan pesaing utama, PSV Eindhoven, yang kemuian tuan rumah kepada FC Zurich selepas itu. PSV menang besar 5-0 ke atas Zurich.
Bodo/Glimt kini mengumpul empat mata, dan masih berharap untuk layak ke pusingan kalah mati.
✅ Job done in Norway
🙌 Thanks for the support as always, Gooners! pic.twitter.com/YwEwvpeNR1
— Arsenal (@Arsenal) October 13, 2022
Mikel Arteta menurunkan kesebelasan yang kuat dalam perlawanan ini. Selepas kemenangan ke atas Liverpool pada minggu lalu, Arsenal kini berada di landasan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati UEL.
Sebagai rekod, Arsenal tidak pernah memenangi 2 pertandingan kasta tertinggi Eropah iaitu UCL dan UEL.
Paling hampir mereka memenangi UEL adalah ketika di bawah kendalian Unai Emery. Namun ketika itu mereka tewas di final di tangan Chelsea.
Gol tunggal Saka kali ini memberikan isyarat jelas bahawa Arsenal boleh menang dengan apa jua cara termasuk menang dengan perbezaan jaringan tipis.
Mikel Arteta memuji gembira dengan gol tunggal Saka. Dia memuji pemain itu. Namun menyatakan bahawa masih ada perkara yang harus ditingkatkan lagi oleh Bukayo Saka terutama sekali aspek bertahan.
Arteta meneruskan rekod cemerlangnya bersama Arsenal musim ini. Di mana Arsenal sudah menenangi 11 daripada 12 perlawanan dalam semua pertandingan setakat ini. Dengan catatan 29 gol, 11 bolos dan 5 clean sheet.