Lembaga Pengarah Tottenham Hotspur atau BOD kelab sudah mengeluarkan kenyataan bersama bahawa mereka mahu Daniel Levy harus menjual Harry Kane.
Baca Juga:
- Harry Kane Tiada Keinginan Sambung Kontrak Bersama Tottenham
- Tottenham Hotspur Semakin Tertekan Mahu Kekalkan Harry Kane
- Bayern Munich Hantar Bidaan Kedua Untuk Harry Kane
BOD Spurs menyatakan bahawa Levy harus memudahkan urusan menjual Kane berbanding menyukarkan urusan tersebut.
Hal ini kerana, BOD tidak mahu melihat Harry Kane pergi secara percuma apabila kontraknya berakhir pada akhir musim ini.
Bayern Munich adalah kelab yang berminat mendapatkan Harry Kane. Dengan dua bidaan sebelum ini ditolak oleh Spurs. Bidaan itu masing masing bernilai €70 juta dan €80 juta.
Kini Bayern sedia mengemukakan bidaan ketiga bernilai €100 juta. Angka yang diberitahu Levy sebagai pembuka bicara untuk rundingan.
Bayern will make a third bid for Harry Kane. Total package expected to be close to €100m. Bayern have not to date been given a price by Daniel Levy, who is still hoping Kane signs a new deal with Spurs.⚪️ pic.twitter.com/6Hzji7ZUtp
— Ben Jacobs (@JacobsBen) July 23, 2023
Daniel Levy sudah menyatakan bahawa dia tetap berhadap rundingan keseluruhan bernilai €120 juta termasuk bonus.
Kane sudah menyatakan bahawa dia berminat untuk menyertai Bayern dan menolak tawaran lanjutan kontrak oleh Spurs dengan nilai gaji £400 ribu seminggu.
Harry Kane juga sedia untuk kekal semusim lagi sehingga kontraknya tamat dan menyertai Bayern pada musim hadapan sebagai pemain ejen bebas.
Perkara itu paling ditakuti oleh BOD Spurs yang merasakan bahawa Daniel Levy harus lebih terbuka untuk menerima pandangan mereka untuk menjual Harry Kane.
Daniel Levy sentiasa optimis bahawa Kane akan bersara di Spurs dan yakin bahawa pemain itu akan memenangi trofi di Spurs.
Adakah Levy akan menjual Harry Kane pada jendela perpindahan kali ini?