Satu kejadian menakutkan telah berlaku dalam saingan V. League semalam apabila pemain Hanoi FC yang juga merupakan tonggak tengah skuad kebangsaan Vietnam, Do Hung Dung mengalami kecederaan serius ketika menentang Ho Chi Minh City (HCMC).
Pada minit ke 27, Hung Dung dilihat mengerang kesakitan selepas menerima terjahan keras daripada pemain HCMC, Ngo Hoang Thinh lalu menerima rawatan kecemasan dan seterusnya dibawa ke hospital menaiki ambulans.
Situasi itu mengejutkan ramai pihak termasuk ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo yang turut berada di stadium untuk menyaksikan perlawanan itu. Hoang Thinh juga sempat memohon maaf kepada pemain tersebut dalam ambulans selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil.
Saksikan rakaman video insiden tersebut di sini, bongdaplus.vn
A terrible foul from Hoàng Thịnh, he knows it too. Hà Nội won 3 – 0 but Hùng Dũng's injury left lots of worries.
Hope the injury's not too bad and wishing him a speedy recovery! 🙏 pic.twitter.com/9LCUBfCUYg
— Việt Nam Football 🇻🇳⚽️ (@FootyVietnam) March 23, 2021
Berdasarkan laporan X-rays, Doktor mengesahkan kaki kanan pemain tersebut patah dan perlu berehat panjang sekurang-kurangnya setahun. Ia juga merupakan berita buruk kepada para peminat bola sepak Vietnam kerana pemain tersebut tidak dapat beraksi dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 pada bulan Jun ini.
Do Hung Dung merupakan anggota penting Vietnam yang membantu negaranya menjuarai Piala AFF 2018 selepas menewaskan Harimau Malaya, 1-0. Beliau juga turut beraksi dalam saingan Piala Asia 2019 dan membantu Vietnam memenangi pingat emas Sukan SEA 2019 di Filipina.
Pada perlawanan itu, Hanoi menang 3-0 namun pemain pertahanan yang juga rakan sepasukan dalam skuad Vietnam, Do Duy Manh tidak meraikan jaringannya sebaliknya mengangkat tangan sebagai tanda berdoa agar Hung Dung cepat sembuh.
“Saya pernah cedera serius dan ia ambil masa yang lama untuk pulih. Melihat kepada Dung, saya boleh bayangkannya. Saya menangis. Saya harap semuanya akan kembali pulih. Saya ingin memberitahu, kami akan selalu memberi sokongan dan berjuang bersamanya,” katanya Duy Manh selepas perlawanan.
Perkembangan itu pasti meresahkan Park Hang-seo selepas beliau turut kehilangan beberapa pemain lain yang mengalami kecederan serius. Antaranya ialah pemain bintang berpengaruh Nguyen Quang Hai yang dilaporkan mengalami kecederaan ligamen lutut baru-baru ini.
Malah, seorang lagi tonggak pertahanan, Doan Van Hau hampir pasti terlepas aksi kelayakan Piala Dunia 2022 juga akibat kecederaan serius.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Datuk Rajagobal Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai Ketua Jurulatih Brunei