Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, menerima kunjungan hormat Duta Besar Belgium ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Pascal H. Gregoire bagi membincangkan kemungkinan menjalin hubungan dua hala di antara dua negara terbabit dari aspek bola sepak.

Dalam pertemuan itu, Datuk Haji Hamidin dan Gregoire membincangkan kemungkinan menggunakan bola sepak sebagai platform menjalin kerjasama dari pelbagai sudut demi faedah bersama.

Sambil memuji keberanian FAM meneruskan agenda penswastaan sebagai antara usaha mentransformasikan saingan bola sepak tempatan, Gregoire turut mengambil kesempatan berkongsi beberapa idea untuk dipertimbangkan Datuk Haji Hamidin, termasuk potensi bekerjasama dengan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium.

122273847_3313821262047948_2525147625441243768_o

“Kami berkongsi pandangan selain berbincang mengenai potensi kerjasama di antara dua negara, apatah lagi kita maklum Belgium menduduki ranking teratas FIFA sekalipun memiliki jumlah penduduk hanya seramai 11 juta.

“Kami juga menimbang kemungkinan mengadakan program kemasyarakatan sebagai usaha mempromosi kedua-dua negara ke audiens masing-masing,” kata Datuk Haji Hamidin.

VOCKETFC ada menerima maklumat seperti ini beberapa bulan yang lalu dan perjumpaan hari ini menguatkan lagi perancangan yang mungkin akan dijalankan dimasa depan.

Semoga semua perancangan dan strategi yang diaturkan akan berjalan dengan lancar demi bola sepak Malaysia!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

RASMI: Zense Entertainment Beli Hak Penyiaran Thai League 8 Musim Sehingga 2028 Bernilai Hampir RM200 Juta Semusim

Sebuah Pasukan Yang Dikenali Sebagai ‘Rakyat United’ Giat Rekrut Pemain Untuk Liga Super/Liga Premier 2021?

Media Thailand Ini Dedahkan Diogo Luis Santo Capai Persetujuan Sertai Kelab BG Pathum United