Sejak petang tadi ‘kecoh’ diperkatakan mengenai sebuah kelab bola sepak baharu yang menggunakan nama Rakyat United dan ia telah menjadi topik perbualan hangat netizen dipelbagai platform media sosial.
Kira-kira jam 8 malam tadi, laman sosial Rakyat United telah memuat naik infografik berkenaan kelab itu yang sedang membuka permohonan untuk mana-mana pemain amatur atau profesional untuk menyertai kelab itu.
Sperti gambar dibawah, Rakyat United nampaknya sedang membina 3 buah pasukan dengan seberapa segera untuk aksi Liga Super/Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia lengkap dengan maklumat mengenai had umur serta lingkungan gaji yang ditawarkan.
Dalam meraikan kepelbagaian, demi keberhasilan bersama, Rakyat United akan dibarisi pemain pelbagai latar belakang. Bakat muda turut akan diketengahkan di pentas utama selain pemain veteran yang akan diangkat sebagai teladan tidak kira di dalam atau di luar padang. #AreYouRakyat pic.twitter.com/duamIWRqk8
— Rakyat United (@rakyatunited) October 16, 2020
Dalam kemaskini itu juga beberapa maklumat lain didedahkan seperti stadium dan pusat latihan rasmi pasukan adalah berpangkalan di Lembah Klang, serta tarikh tutup untuk menghantar permohanan adalah pada 6 November 2020.
Jelas, pasukan ini tergesa-gesa mencari pemain untuk dipilih dan didaftarkan bagi aksi saingan musim hadapan, tetapi masih samar bagaimana sebuah pasukan yang secara tiba-tiba muncul mampu untuk melakukan persiapan ke aksi Liga Super atau Liga Premier.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Pertembungan Faiq Bolkiah Dan Safawi Rasid Akan Berlaku Ketika Maritimo Berdepan Portimonense SC?