Penggempur baharu Kuala Lumpur City (KL City) FC, Herlison Caion, teruja melihat kualiti bahagian serangan yang dimiliki ‘The City Boys’ sambil melaungkan keyakinan mahu memecahkan rekod jaringan yang dilakukannya semasa bersama Selangor FC, musim lalu.
Baca Juga:
- Selangor vs Negeri Sembilan: Gol Caion, Aliff Haiqal Beri Kelebihan Buat Gergasi Merah
- Penyerang Berbisa Dari Brazil, Herlison Caion Sah Sertai Selangor
- Final Piala AFC: Isu Teknikal Punca KL City Terpaksa Beraksi Di Bukit Jalil
Menurut penyerang dari Brazil yang berusia 33 tahun ini, dia sangat selesa untuk bersama-sama pemain seperti Tchetche Kipre, Paulo Josue, Patrick Reichelt dan Romel Morales.
Ujarnya, situasi itu akan lebih banyak membantunya kerana akan memiliki lebih banyak kebebasan bergerak di dalam kotak kawasan lawan.
“Di bahagian serangan saya rasa teruja kerana di sini ada Kipre, Paulo, Morales dan seorang lagi Patrick, saya pernah beraksi bersamanya dengan Suphanburi.”
“Jadi melalui kehadiran ramai pemain sebegini, saya rasa kian bersemangat untuk membuktikan sesuatu di KL City.”
“Malah saya meletakkan azam untuk menjaringkan lebih banyak gol berbanding semasa di Selangor selepas menjaringkan 24 gol pada musim lalu,” katanya.
Selepas cemerlang membantu The Red Giants mara ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2022 serta meraih kedudukan kelima Liga Super, Caion membuat kejutan apabila memilih untuk bersama seteru Lembah Klang, KL City FC.
Situasi itu sememangnya tidak dijangkakan sebahagian besar peminat Selangor yang pada mulanya Caion akan kekal di The Red Giants.
Namun buat Caion, itu satu pilihan yang mudah kerana memang menyimpan hasrat meneruskan karier di Liga Malaysia selain mahu bekerjasama dengan Bojan Hodak.
” Saya tahu ramai yang terkejut apabila ketahui saya datang ke sini tetapi ini bukan satu keputusan yang sukar sebenarnya apabila tawaran dari KL City datang.
” Bukan sahaja saya, isteri saya juga sangat selesa tinggal di Lembah Klang dan itu membuatkan saya terus menerima peluang bersama KL City.
” Dalam masa sama, saya tidak sabar bekerjasama dengan Bojan, salah seorang jurulatih yang berpengalaman dan harap saya boleh mengikuti taktikal yang direncanakan oleh beliau,” katanya.