Karim Benzema memuat status IG story yang memaparkan rasa tidak puas hatinya ke atas kemenangan Lionel Messi baru baru ini.

Di mana penyerang legenda Argentina, Lionel Messi dinobatkan pemain terbaik dunia, FIFA Best 2022.

Benzema yang merasakan bahawa dia berhak untuk menggondol anugerah individu berganda selepas Ballon d’Or, tidak dapat menahan dirinya daripada membuat sindiran dengan IG story,

Pertamanya, Benzema berkongsi tangkap layar di mana ia menunjukkan statistik Benzema sepanjang musim lalu.

Jelas sekali Benzema menggariskan bahawa kejayaannya menjadi pemenang Ballon d’Or selepas membantu Real Madrid menjuarai La Liga dan Liga Juara Juara Eropah, serta Piala Negara Eropah bersama Perancis, pastinya cukup kuat untuk mengenepikan Messi yang membantu Argentina memenangi Piala Dunia 2022.

Seterusnya Benzema memuat naik satu lagi IG story, kali ini meme video yang menyebut: “Penipu, ya kamu penipu,” ditambah kapsyen selamat malam.

Benzema mungkin menujukannya kepada FIFA yang memilih Lionel Messi sebagai pemenang dan menafikan kemenangan pemenang Ballon d’Or tersebut.

Benzema merupakan antara pemain pilihan untuk merebut anugerah tersebut daripada Messi.

Namun dia dan rakan senegaranya Kylian Mbappe tidak mampu menghentikan aura Lionel Messi yang berjaya menjadi nadi Argentina memenangi Piala Dunia 2022.

Di peringkat kelab, Messi memenangi Ligue 1 dan Piala Perancis.

Tidak lupa juga, Messi turut memenangi Finalissima bersama Argentina, juga pada tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, peminat Real Madrid sebelum ini mempersoalkan David Alaba yang mengundi Lionel Messi berbanding Benzema untuk anugerah FIFA Best.

Alaba membuat penjelasan rasmi menyatakan bahawa dia mengundi mewakili suara pasukan kebangsaan Austria.

Sambil menyatakan bahawa dia sentiasa percaya bahawa Benzema adalah penyerang terbaik di dunia berbanding Messi.