“We are going to eat the grass, we are going to eat the opponent.” (Kami akan makan rumput dan juga makan pihak lawan).

Itulah amaran daripada Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kepada KL City menjelang aksi final Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

FOTO: MFL

Mora juga menegaskan pasukannya tidak akan memberi banyak ruang kepada KL City untuk melakukan serangan dan mahu tamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit tanpa diheretkan ke masa tambahan serta penentuan sepakan penalti.

“Kami akan keluar untuk menjaringkan gol. Cara untuk memenangi final adalah dengan menjaringkan gol, ianya semudah itu. Kami ke final untuk memenanginya,” katanya Mora ketika sidang media semalam.

Bagi Mora, beliau melihat KL City pasukan yang sukar dijinakkan berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Liga Super apabila mereka sekadar menang tipis 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim selain seri 1-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

“Sejarah pertemuan tidak boleh disorok namun itu hanya satu memori kerana dua perlawanan itu cukup berbeza dengan apa yang bakal ditempuh pada 95 minit secara keseluruhan di atas padang esok.

“Kita tahu sejak Bojan mengambil alih Kuala Lumpur, segalanya tampak berubah dan pasukan KL nyata begitu tersusun dalam soal taktikal serta cukup baik pada situasi bola mati.

“Dua perlawanan yang lalu memang sukar kerana mereka ada pemain yang bagus dan saya jangkakan aksi final esok pasti menjadi perlawanan yang sukar,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan TM Piala Malaysia 2021 melalui pautan dibawah. 

Bojan Hodak: “Kami Tidak Mempunyai 10 Pemain Import Macam JDT, Tiada Tekanan”

Final Piala Malaysia 2021: Hanya 9,000 Tiket Diperuntukkan Untuk Penyokong JDT Dan KL City

Piala Malaysia 2021: Tiga Jaringan Pantas Pastikan JDT Bergaya Ke Final

Piala Malaysia 2021: Penantian Ke Final Kuala Lumpur City Dinoktahkan

MKN Kekal Dengan Keputusan Tidak Benarkan Penyokong Makan Dan Minum Di Dalam Stadium