Karier Benjamin Mora di Mexico nampaknya tidak bertahan lama apabila beliau telah dipecat sebagai pengendali Atlas FC berkuat-kuasa serta-merta sejak 31 Oktober lepas.
Baca Juga:
- Benjamin Mora Mahu Bawa Atlas Bertemu JDT
- Benjamin Mora Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Atlas FC
- TMJ Dedahkan Sebab Mengapa Benjamin Mora Dilepaskan
Menurut kenyataan rasmi, pihak pengurusan kelab membuat keputusan untuk menamatkan kontrak bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berdasarkan prestasi buruk dalam saingan Liga MX Apertura.
Atlas FC gagal mencapai kemenangan dalam 6 perlawanan berturut-turut sehingga mengundang pelbagai kritikan dalam kalangan penyokong.
“Jawatankuasa Atlas FC bermesyuarat pada 30 Oktober telah mencapai persetujuan dengan Benjamin Mora untuk menamatkan kontraknya.
“Kami menghargai semua kerja keras dan komitmen yang diberikan oleh Benjamin Mora serta barisan jurulatihnya sepanjang bersama kelab dan kami mengucapkan selamat maju jaya di masa depan,” tulis kenyataan rasmi.
Comunicado Oficial: Benjamín Mora
🗞️: https://t.co/hDiAAqX5DO pic.twitter.com/fsoAZwBAM7
— Atlas FC (@AtlasFC) October 31, 2023
Berdasarkan rekod, Benjamin Mora telah membimbing Atlas FC dalam 41 perlawanan dan mencapai kemenangan dalam 13 perlawanan.
Kekalahan 0-2 kepada Tijuana pada hari ahad lepas menyebabkan lembaga pengarah hilang sabar dan membuat keputusan untuk memecatnya.
Bagaimanapun laporan daripada media Mexico menyatakan tidak ramai yang gembira dengan pemergian jurulatih tersebut.
🥺 "NADIE ESTÁ CONTENTO CON LA SALIDA DE BENJAMÍN"
Pepe Riestra habló de la salida de Benjamín Mora, y reconoció que el momento que viven en Atlas es culpa de todos… 🦊🚨#FSRadioMX pic.twitter.com/8EALYO5D4s
— FOX Sports MX (@FOXSportsMX) October 31, 2023
Benjamin Mora cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia kerana beliau pernah mewarnai saingan Liga Malaysia bersama pasukan JDT.
Beliau merupakan jurulatih JDT yang paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan turut membawa pasukan tersebut ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun lepas.
Beliau telah mengendalikan sebanyak 148 perlawanan sepanjang dua kali menggalas tugasan sebagai jurulatih JDT sejak 2017, dan memenangi 102 perlawanan. Satu pencapaian yang baik oleh jurulatih dari Mexico itu.