Pemain Perancis, Benjamin Mendy dibebaskan daripada semua pertuduhan berkaitan kes rogol dan didapati tidak bersalah oleh mahkamah.

Selepas bertahun tahun lamanya Mendy berjuang melawan di mahkamah, kini dia telah dibersihkan daripada pertuduhan oleh juri sebagai tidak bersalah.

Mendy sebelum ini berdepan dengan pertuduhan daripada enam orang wanita yang telah merosakkan karier bola sepaknya.

Dia berjaya membersihkan namanya, namun malangnya kini dia menganggur setelah kontraknya berakhir pada Jun lalu.

Manchester City telah menahan bayaran gajinya sejak September 2021 setelah dia dikenakan pertuduhan. Pep Guardiola yang ketika itu terkejut dengan pertuduhan ke atas Mendy telah memberikan pandangannya ke atas Mendy sebagai ‘seorang lelaki yang sangat baik’.

Seorang wanita menuduh Mendy menyerang dan cuba merogolnya di rumah mewah bernilai £4.8 juta di antara Oktober 2018 sehingga Ogos 2021. Mendy didakwa seringkali mengadakan parti haram ketika tempoh kawalan pergerakan kerana pandemik.

Pada Januari dia dibebaskan daripada pertuduhan merogol 4 wanita dan serangan seksual ke atas beberapa lagi wanita.

Pada Jumaat, Mendy dibebaskan daripada satu lagi pertuduhan cubaan merogol. Kes yang didakwa dilakukan di rumah rakan senegaranya, Diacko Fofana. Ketika itu Mendy didakwa cuba merogol wanita yang mahu pergi ke bilik mandi.

Mendy menafikan dia cuba merogol wanita itu sebaliknya menegaskan bahawa wanita itu sendiri yang menggodanya.

Seterusnya, Mendy berjaya menang dalam kes pertuduhan merogol wanita di sebuah bar. Akhirnya dia dibersihkan daripada kesemua pertuduhan tersebut.

Dalam hujahnya di mahkamah, Mendy sentiasa konsisten menyatakan bahawa setiap wanita yang berhubungan seksual dengannya adalah atas persetujuan bersama. Bukan kerana paksaan.

Mendy pernah memberitahu bahawa, adalah normal untuk pemain bola sepak yang popular sepertinya tidur dengan ramai wanita. Malah ada kalanya dengan beberapa wanita serentak pada satu malam bersama sama dengan rakan rakannya.

Namun tidak sesekali dia merogol mana mana wanita yang bertentangan dengan prinsipnya.

Menjadi pemain bola sepak popular, jujurnya, sangat senang untuk membawa pulang wanita dari kelab malam dan membawa mereka pulang ke rumah, tegas Mendy.

Mendy menjelaskan dakwaan seorang wanita yang mendakwa telefonya dirampas sebaik sahaja tiba di rumah mewah Mendy.

Menurut Mendy dia berbuat demikian sebagai langkah privasi. Dia tidak mahu wanita itu berkongsi maklumat tentang apa ada di dalam rumahnya.

Terutama sekali ketika dia mengadakan parti pada lockdown. Namun Mendy menegaskan wanita wanita itu akan mendapat semula telefon mereka bila bila masa apabila mereka mahu pulang.

Bercanggah dengan dakwaan seorang wanita yang menyatakan dia gagal mendapatkan bantuan kerana telefon pintarnya diambil dan disembunyikan oleh Mendy.

Mendy mengakui bahawa perti yang diadakan adalah penuh dengan alkohol dan bertukar tukar pasangan. Namun dia tegas menyatakan dia tak pernah menyentuh mana mana wanita dalam keadaan paksaan.

Mendy turut mengakui dia tak memakai sebarang alat perlindungan ketika berhubungan fizikal dengan wanita wanita tersebut.

Namun Mendy akan sentiasa bertanya sama ada wanita wanita itu sudah mengambil pil pencegah kehamilan.

Mendy ada seorang anak dengan bekas teman wanitanya. Dia tidak mahu berkahwin ketika dia menyertai Manchester City.

Ketika Benjamin Mendy keluar dari mahkamah dia mengucap syukur kerana dibebaskan daripada pertuduhan yang serius itu.

Dia kemudian memutuskan untuk berdiam diri.

Memphis Depay dan Paul Pogba antara rakannya yang meraikan kejayaan Mendy melawan tuduhan serius ke atasnya.

Pogba mahu pihak yang pernah menuduh Mendy dengan pelbagai tohmahan agar membersihkan semula nama pemain itu.