Mendy nafi bahawa dia memperkosa wanita dalam 7 pertuduhan ke atasnya.

Baca Juga:

Benjamin Mendy berkata kepada mahkamah bahawa wanita yang melakukan hubungan asmara dengannya atas kerelaan mereka sendiri.

Sebelum ini seorang mangsa mendakwa bahawa Mendy memberitahunya bahawa dia sudah meniduri lebih 10,000 wanita.

Bintang Manchester City, Benjamin Mendy memberitahu polis bahawa dia ‘terkejut’ apabila dituduh merogol semasa berparti di rumah agamnya. Kenyataan tersebut didengarkan di mahkamah dalam perbicaraan terbaru.

Pemain Manchester City dan Perancis itu mendakwa bahawa semua perbuatan seksual antara dia dan pengadu adalah atas persetujuan, dia berkata begitu kepada Mahkamah Chester Crown.

Pendakwaraya Tim Cray KC membacakan satu siri kenyataan yang disediakan Mendy kepada polis selepas dia ditangkap kerana disyaki merogol dan melakukan serangan seksual di rumahnya yang bernilai £4.7 juta di Prestbury, Cheshire.

Juri diberitahu bahawa bintang £52 juta itu ditemu bual pada November 2020 tentang dakwaan yang dibuat oleh seorang pengadu yang mendakwa dia telah dirogol tiga kali di dalam bilik berkunci di rumah agam itu.

Mendy memberitahu polis dalam kenyataannya yang disediakan bahawa dia telah bertemu pengadu di kelab malam Parea di Alderley Edge, Cheshire pada bulan sebelumnya.

Mendy menjemputnya pulang ke rumahnya dan mereka berada di kawasan kolam di rumahnya. Mendy kemudian terperasan bahawa wanita itu mengambil video yang dia minta dia memadamkannya.

Dia memberitahu polis: “Dia memberikan saya telefonnya dan saya memadamkannya. Gambar dia tanpa pakaian muncul di skrin. Dia berkata dia ada lebih banyak gambar seperti itu dan kami bersetuju untuk pergi ke tingkat atas ke bilik tidur saya di mana dia boleh menunjukkan kepada saya.”

Mendy nafi dia memperkosa wanita tersebut, dan menjelaskan bahawa, dia tak pernah memaksa mangsanya untuk melakukan hubungan dengannya. Sebaliknya, wanita wanita itu boleh pergi beredar dari rumahnya jika mahu pada bila bila masa.

Mendy berkata: “Pintu hanya dikunci dari luar. Saya membukanya menggunakan pad kekunci. Ia terbuka dari dalam dan dia boleh pergi pada bila-bila masa.”

“Dia kemudiaan menunjukkan kepada saya lebih banyak gambar seksinya dan kami pergi ke katil.”

Mendy kemudian menegaskan bahawa wanita itu melakukannya atas persetujuan bersama dan bukan paksaan. Di mana mereka saling bersentuhan, bukannya dia sahaja yang menyentuh wanita itu.

Mendy menambah: “Dia berkata dia terpaksa pergi dan kami bertukar-tukar butiran Snapchat.”

“Saya berakhir dengan salah seorang kawannya dan dia bermalam dengan saya.”

“Saya terkejut apabila dituduh merogol. sebarang aktiviti seksual adalah berdasarkan persetujuan sepenuhnya. Saya tidak menghalang dia pergi.”

Mahkamah mendengar kenyataan Mendy berhubung dakwaan pengadu yang mendakwa dia dirogol oleh Mendy dan tertuduh bersama Louis Saha Matturie, 41, pada parti liar dua hari di rumah agam itu pada Ogos 2021.

Mahkamah sebelum ini mendengar bahawa pengadu yang ketika itu berusia 17 tahun telah menghubungi Manchester City lima kali sehari selepas dakwaan serangan itu.

Mendy memberitahu polis bahawa dia pergi ke rumahnya bersama remaja itu dan telah menggunakan pad kunci untuk masuk.

Mendy berkata: “Sebaik sahaja kami masuk ke dalam, pintu ditutup. Ia tidak dikunci dari dalam dan dia boleh pergi pada bila-bila masa. Saya bertanya kepadanya berapa umurnya dan dia berkata 21 atau 22. ”

Mendy turut memberi kenyataan ketika disoal siasat polis berhubung dakwaan merogol pada Julai 2021 di rumahnya.

Dia berkata: “Kami telah melakukan hubungan secara suka sama suka pada dua atau tiga kali berasingan.”

“Dia telah berada di rumah saya dan di flat saya di Manchester pada banyak kesempatan. Dia kadang kadang datang sendiri dan muncul tanpa memaklumkan kepada saya.”

“Saya tidak merogolnya. Dia agak mabuk tetapi dia tahu apa yang dia lakukan. Dia rela melakukan hubungan itu dengan saya.’

Mendy, 28, kekal menafikan tujuh pertuduhan merogol terhadap empat wanita, satu pertuduhan cubaan merogol dan satu pertuduhan serangan seksual.

Tertuduh bersama Encik Mendy, Louis Saha Matturie, 41, dari Eccles, Salford, menafikan enam pertuduhan rogol dan tiga pertuduhan serangan seksual, dakwaan berkaitan tujuh wanita.