Nama Enzo Fernandez mendadak naik selepas prestasi cemerlang di Piala Dunia 2022 dan kini dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea.
Baca Juga:
- Graham Potter Anggap Jadual Padat Antara Faktor Kekalahan Chelsea
- 6 Perkara Yang Perlu Dilakukan Graham Potter Untuk Membangkitkan Chelsea
- Analisis Taktikal: Kekuatan Mental Argentina Atasi Kebangkitan Perancis
Enzo Fernandez memenangi Anugerah Bola Perak Piala Dunia 2022 sebagai Pemain Muda Terbaik di Qatar 2022.
Dia menjadi nadi penting Argentina di bahagian tengah dalam kejayaan negara itu memenangi Piala Dunia 2022. Yang merupakan Piala Dunia ketiga dalam sejarah negara mereka.
Tak sampai semusim di Benfica, Enzo Fernandez kini berpeluang untuk berpindah ke kelab lebih besar.
Sebelum ini kelab seperti Liverpool dikaitkan dengan Enzo Fernandez. Tetapi dalam beberapa hari ini, laporan dari Portugal menyebut bahawa Chelsea sudah memulakan perbincangan untuk mendapatkan pemain muda itu.
Chelsea mahu menguatkan bahagian tengah mereka. Enzo pemain yang sangat dinamik dan bertenaga di bahagian tengah. Dianggap sesuai dengan taktikal Graham Potter.
Namun Benfica tidak terdesak untuk menjual Enzo Fernandez. Dan mereka hanya akan melepaskan Enzo Fernandez jika ada kelab sanggup membayar €130 juta untuk pemain itu.
Presiden Benfica sudah bercakap dengan Enzo Fernandez bahawa kelab itu menawarkan peluang lebih cerah untuk bermain di UCL berbanding dengan Chelsea yang bergelut untuk berada di empat teratas dalam UCL ketika ini.
Chelsea have offered €130m to sign Enzo Fernández and are looking to complete the deal now, per Record.
Benfica president Rui Costa spoke with Enzo yesterday and is hoping that the promise of winning the league and competing in the Champions League will convince him to stay. pic.twitter.com/wimh8pWTzf
— Zach Lowy (@ZachLowy) December 28, 2022
Harus diakui, agak sukar untuk Benfica memujuk Enzo Fernandez jika pemain itu memutuskan untuk meninggalkan kelab itu hanya beberapa bulan selepas bersama mereka.
Benfica sudah sedia dengan kemungkinan kehilangan pemain itu pada jendela perpindahan Januari 2023.
Dengan kelab sudah merancang untuk membawa masuk Carlos Alcaraz untuk menjadi pengganti kepada Enzo Fernandez.
Benfica are waiting on a €130 million offer from Chelsea for Enzo Fernández, who may miss the club’s match against Braga on Friday.
Talks are ongoing between the two clubs and Benfica have set their sights on Racing’s Carlos Alcaraz to replace him, per O Jogo. pic.twitter.com/YrvNJHYo0F
— Zach Lowy (@ZachLowy) December 28, 2022