Sejak jurulatih dari Republik Czech, Tomas Trucha diumumkan sebagai pengendali  Penang FC, peminat bola sepak tempatan mula melabelkan pasukan itu sebagai “Liverpool Malaysia” disebabkan mempunyai wajah mirip Jurgen Klopp.

Namun bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Penang (FAP), Dr Amar Prital Abdullah menganggap ia hanya satu kebetulan sahaja apabila dua orang mempunyai wajah hampir sama dan tidak ada kena-mengena dengan Liverpool.

Bagaimanapun, katanya dalam Sinar Harian, beliau berharap skuad Penang FC mencontohi kejayaan Liverpool menamatkan kemarau selama 30 tahun sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim lepas dengan memenangi sekurang-kurangnya satu piala dalam saingan Liga Malaysia 2021.

“Saya memang akui wajah ketua jurulatih kami (Trucha) sama dengan Jurgen Klopp. Namun, perkara ini hanya satu kebetulan dan tidak ada kena mengena langsung antara Penang FC dan Liverpool.

“Tak perlulah jika kita hendak kita samakan Penang FC dan Liverpool, sudah tentu jauh bezanya. Cuma saya harap kami dapat ikut jejak Liverpool yang menjuarai EPL (Liga Perdana Inggeris) musim lalu.

“Jika ada rezeki dan peluang, siapa tak mahu menjuarai liga (Liga Super). Jadi mungkin kejayaan Liverpool itu mampu menjadi pembakar semangat buat penang FC,” katanya.

138630059_123812009571608_7873026277391651904_o

Tomas menjadi pilihan Penang FC bagi memenuhi syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan setiap jurulatih pasukan Liga Super mempunyai lesen kejurulatihan tertinggi iaitu Diploma Pro AFC atau UEFA.

Beliau akan dibantu oleh Manzoor Azwira Abd Wahid yang akan terus bersama pasukan sebagai Penolong Ketua Jurulatih.

Memulakan karier sebagai jurulatih seawal usia 25 tahun, Trucha mempunyai pengalaman luas ketika menggalas tugas di Eropah sebelum menimba pengalaman baharu dengan beberapa pasukan di Afrika.

“Beliau mudah berinteraksi dengan semua pihak terutamanya pemain serta pegawai pasukan. Setakat ini, kami memang tidak ada masalah untuk berinteraksi dengannya.

“Sejak hari pertama hadir ke sini, Trucha telah menyatakan komitmennya untuk membantu pasukan mencipta kejayaan. Saya harap beliau mampu menjadikan Penang FC sebagai pasukan pencabar musim ini,” kata Amar.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

RASMI: Selangor FC Lancar Jersi Home 2021 Diinspirasikan Daripada Rekaan Tahun 1986

Piala Presiden, Piala Belia Dan Liga Premier Futsal Malaysia Ditunda Sehingga Bulan Jun

Christophe Gamel Bantu Thomas Dooley Bimbing Sri Pahang FC

Yakult Sedia Hantar Pemain Muda Terengganu FC Ke Jepun

Faizal Azumu Letak Jawatan Sebagai Presiden PAFA, Dedahkan Gaji Pemain Masih Tertunggak

19 Pengadil Malaysia Didaftarkan Sebagai Pengadil FIFA Tahun 2021, Amirul Izwan Ditauliah Video Match Official (VMO)

FA Thailand Dedahkan Mereka Miliki 39 Jurulatih Yang Memegang Lesen PRO, 120 Orang Lagi Berstatus Lesen A