Bekas pertahanan import Terengganu FC (TFC) kelahiran Montenegro, Igor Zonjic disahkan positif wabak COVID-19 ketika bersama kelab dari Uzbekistan, FC AGMK.
Perkembangan itu dikongsikan melalui laman sosial rasmi TFC hari ini sambil mengajak para peminat mendoakan pemain itu kembali sembuh.
📄 | Diberitakan semalam bekas pemain pertahanan TFC 2018/2019, Igor Zonjic telah disahkan dijangkiti wabak COVID-19 bersama 6 lagi rakan sepasukannya di AGMK FC. Diharapkan semua peminat dan penyokong dapat turut mendoakan agar beliau dapat kembali sembuh seperti sediakala. pic.twitter.com/xbsnGVjBm1
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) August 4, 2020
“Diberitakan semalam bekas pemain pertahanan TFC 2018/2019, Igor Zonjic telah disahkan dijangkiti wabak COVID-19 bersama 6 lagi rakan sepasukannya di AGMK FC.
“Diharapkan semua peminat dan penyokong dapat turut mendoakan agar beliau dapat kembali sembuh seperti sediakala,” kata kenyataan tersebut.
Zonjic beraksi bersama skuad Penyu pada musim lalu dan sempat membantu TFC mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.
Beliau digugurkan pada saat akhir pada bulan Mei 2019 sebelum jendela kedua perpindahan pemain ditutup pada 29 Mei bagi memberi peluang kepada pemain baharu, Luiz Gustavo Camilo mengisi kekosongan posisinya.
Bagaimanapun, kelibat Camilo tidak kelihatan hingga akhir musim 2019 selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menolak permohonan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) pemain itu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Rating Pemain Thailand Di J. League: Theerathon Paling “Perform”, Teerasil Mengecewakan