Bekas pemain LA Galaxy yang juga merupakan produk ‘homegrown’ kelab itu, Jose Villareal disahkan berhijrah menyertai sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Philipinnes Football League, Global Makati City FC.

Villareal yang berusia 26 tahun itu, merupakan salah satu pemain yang dibawa oleh pihak pengurusan kelab Global Makati City FC untuk memperkukuhkan lagi skuad dalam saingan PFL musim 2020.

Menurut laman web rasmi MLS Soccer, Jose Villareal yang membesar di Inglewood, Calif menandatangani kontrak bersama LA Galaxy sebagai pemain homeground pada tahun 2011 dan melakukan 68 penampilan dalam pasukan utama dari musim 2012 sehingga 2017, menjaringkan 5 gol.

Pada musim 2018, Villareal muncul bersama pasukan Orlando City FC, melakukan 3 penampilan sebelum menyertai Las Vegas Lights musim lalu dalam saingan USL Championship dan tampil dalam 16 perlawanan menjaringkan 1 gol.

Selain itu, Jose Villareal juga pernah melakukan penampilan dalam USL bersama LA Galaxy II sekitar musim 2012 hingga 2017, dan menjaringkan 7 gol dalam 33 perlawanan.

Dalam perkembangan lain, bekas pemain akademi Manchester United iaitu John Cofie dan pertahanan Inggeris Suleman Naeem juga turut dibawa masuk oleh pihak pengurusan Global Makati City FC, dimana mereka sedang bangkit dari kegagalan musim lalu akibat masalah kewangan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

JLeague Berkolaborasi Hasilkan Model Gundam Bagi Setiap Kelab J1 League Musim 2020

Ceres Negros Pintas Buriram United Sebagai Kelab Bola Sepak Terbaik ASEAN, JDT Kini Dalam Top 5 ASEAN

Pemain Kacukan Malaysia-Filipina Berusia 17 Tahun, Tandatangan Kontrak Profesional Bersama Global Makati FC

Sumber