Bekas pemain tengah import pasukan Kelantan, Morgaro Gomis kembali beraksi dalam saingan Liga Scotland apabila beliau sah menyertai Falkirk FC.
Perkara ini disahkan oleh Falkirk menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi kelan tersebut hari ini di mana Gomis menjadi pemain keempat yang dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas kali ini.
✍️ Our first signing of the day…
Welcome to Falkirk, Morgaro Gomis!
👉 https://t.co/W8YedPD6vY #COYB pic.twitter.com/rQtf1Ad0Qb
— Falkirk FC (@FalkirkFC) June 18, 2019
Selain pernah beraksi bersama beberapa kelab di Scotland dan England, pemain tengah berusia 33 tahun itu pernah menyarung jersi skuad The Red Warriors selama dua musim iaitu pada 2016 hingga 2018.
Nama Morgaro Gomis digugurkan pada awal saingan musim 2018 dimana Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika itu, Bibi Ramjani Ilias Khan menjelaskan pengguguran Gomis adalah kerana faktor kecederaan.
Gomis menandatangani kontrak selama setahun bersama Falkirk dan pengendali kelab tersebut, Ray McKinnon menyifatkan Gomis adalah pemain yang bakal menjadi aset buat pasukan.
“Morgaro merupakan pemain tengah yang baik dan beliau akan menjadi aset untuk kami bagi saingan musim 2019/2020.
“Pengalaman yang dimiliki oleh Gomis boleh dimanfaatkan oleh pasukan dan kemampuan beliau beraksi di mana-mana posisi di bahagian tengah akan memberikan kelebihan untuk pasukan,” kata Ray menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab.