Berdasarkan beberapa komen yang dibuat oleh individu-individu yang dipercayai bekas pemain pasukan Hanelang FC mendedahkan bahawa kelab itu masih lagi berhutang dengan mereka untuk bayaran gaji musim 2018.
Pendedahana itu telah dibuat melalui komen dilaman sosial Facebook ketika membincangkan topik berkenaan apa sebenarnya tugas yang dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Hulu Terengganu menjelang kongres yang akan berlangsung nanti.
Menurut komen itu, presiden persatuanĀ tidak melakukan apa-apa usaha untuk menyelesaikan tunggakan mereka sehingga hari ini walaupun sudah hampir 2 tahun berlalu.
“8 bulan lagi gaji aku tak bayar lagi ni. Hanelang FC 2018. Mu tanggung la esok-esok. Hutang tetap hutang.”
Mengikut kemaskini yang dibuat oleh Ultras Tranung seperti dibawah, Abdullah Sulong selaku Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Hulu Terengganu, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan turut gagal melaksanakan sebarang program berkaitan bola sepak didaerah itu.
Bagi pasukan Hanelang FC pula, tindakan yang dilihat seperti melepaskan tangan itu seperti tiada pembelaan kepada pemain-pemain apabila berlaku permasalahan seperti ini.
“Seteloh dirogol macam-macam orang, mung biarkan gitu je? Apa pembelaan ke atas pemain-pemain? Apa tindokan Persatuan Bolasepak Daerah Hulu Terengganu ke atas mana-mana badan dan syarikat yang membuat onar?”
Pendekatan ini diambil sebagai langkah untuk menyedarkan masyarakat mengenai individu-individu dalam persatuan dipelbagai peringkat supaya lebih tahu sumbangan kepada bola sepak atau mereka ini sekadar proksi kepada individu lain meraih sokongan.
Individu yang tidak bertanggungjawab perlu disingkirkan tidak kira dinegeri mana demi membangunkan bola sepak yang sebenarnya.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Netizen Mula ‘Alert’ Dengan Kemunculan Kembali Kluster ‘Lelaki Misteri’ Dalam Bola Sepak Malaysia