Setelah berjaya mendapatkan khidmat beberapa pemain tempatan, kini Terengganu FC memburu khidmat pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, Terengganu kini dikaitkan dengan pemain pertahanan dari Australia, Christopher Herd yang merupakan bekas pemain kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini iaitu Aston Villa.
It looks like Terengganu’s Asian quota will be filled by former Australian international Christopher Herd. He is a versatile player, who can play as a centreback, fullback and defensive midfielder. #MFLTransfer2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 14, 2020
Herd menyarung jersi Aston Villa dari tahun 2010 hingga 2015 dimana beliau membuat 32 penampilan. Selain itu, Herd juga pernah beraksi bersama beberapa kelab lain di England seperti Port Vale, Lincoln City, Bolton Wanderers dan Wigan Athletic.
Pemain berusia 31 tahun ini juga pernah beraksi bersama beberapa pasukan di negaranya seperti Western Sydney Wanderers dan Perth Glory dan kelab di Asia lain seperti Chennaiyin FC dari India dan Sheikh Russel dari Bangladesh.
Christopher Herd turut mempunyai caps bersama skuad kebangsaan Australia dimana beliau membuat enam penampilan pada tahun 2014 lalu, dimana penampilan pertama hadir ketika perlawanan persahabatan menentang Belgium.
Jika segalanya berjalan lancar, Herd bakal menggantikan Babacar Diallo yang tidak disambung kontrak oleh pengurusan pasukan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
LTK: “Pemain Perlukan Masa Dan Bermain Dalam Liga Yang Sesuai, Bukan Liga Premier. Ini Membunuh!”
Norshahrul Idlan Talaha Akan Kembali Ke Liga Malaysia 2021 Bersama Pasukan Sarawak United