PSSI meneruskan lagi projek naturalisasi untuk menguatkan pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia kali ini melibatkan bek Swansea City.

Terbaru Indonesia dalam proses untuk mrnjadikan pemain pertahanan Swansea City, Nathan Tjoe A On sebagai pemain naturalisasi mereka.

Pemain itu sudah pun tiba di Indonesia dan sempat menyaksikan aksi antarabangsa Indonesia menentang Brunei Darussalam.

Sebelum ini Indonesia sudah menaturalisasikan Jordi Amat yang juga pernah bermain untuk Swansea – kelab yang berpangkalan di Wales namun beraksi di Liga Inggeris. 

Pemain bek tengah itu kini bermain untuk kelab gergasi Liga Super Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim.

Indonesia turut memiliki seorang lagi pertahanan yang berpangkalan di tanah Inggeris iaitu Elkan Baggot yang bermain untuk Ipswich Town. Dia menjadi pemain penting Shin Tae Yong setakat ini.

Sebenarnya Nathan Tjoe An ada darah Indonesia dari dirinya yang diwarisi daripada datuknya yang merupakan asal Semarang. Dia datang ke Indonesia kali ini bersama sama dengan ayahnya untuk melawat sendiri asal usul mereka.

Nathan Tjoe An baru berusia 21 tahun sudah diperkenalkan kepada presiden Indonesia, Joko Widodo. Dia turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama pemain pemain dan juga staf kejurulatihan Indonesia di bilik persalinan pasukan.

Shin Tae Yong dijangka hanya akan dapat memberikan debut buat pemain itu pada 2024 nanti. Memandangkan dia perlu melalui beberapa proses lain lagi untuk menjadi pemain neutralisasi.