Beberapa kelab di Eropah mahu UEFA mengenakan tindakan ke atas Chelsea dan Wolves yang dianggap cuba mengeluarkan diri mereka daripada ‘penjara’ dengan menjual pemain ke Arab Saudi.

Baca Juga:

Arab Saudi tidak ada sekatan FFP oleh UEFA. Jadi setakat ini mereka bebas berbelanja.

Sebelum ini Liga Pro Saudi hanya mendapatkan bintang bintang yang ejen bebas. Tetapi kini sudah mulai melakukan transaksi jual beli yang sangat tinggi.

Chelsea yang panik untuk menjual beberapa pemain mereka, begitu juga dengan Wolves, telah mengambil inisiatif melobi kelab kelab di Arab Saudi untuk mendapatkan pemain mereka.

Misalnya Ruben Neves yang baru disahkan ke Al Hilal dengan nilai perpindahan £50 juta. Manakala Chelsea dalam proses menjual Kalidou Koulibaly dan Hakim Ziyech dengan harga tinggi.

Di Eropah, kelab kelab mereka ada sekatan dengan FFP. Berbeza dengan Arab Saudi.

Maka sudah ada beberapa kelab meminta UEFA melakukan sesuatu ke atas Wolves dan Chelsea agar mewujudkan pasaran perpindahan yang adil.

Chelsea musim lalu berbelanja lebih €600 juta dalam 2 jendela perpindahan yang diketuai Todd Boehly sendiri.

Liga Arab Saudi ketika ini dikatakan sedia membelanjakan wang sekitar £500 juta untuk menarik bintang bintang besar yang lain dari Eropah.

Chelsea sangat aktif berunding dengan kelab kelab di Arab Saudi. Selain Hakim Ziyech dan Kalidou Koulibaly, pemain lain seperti Edouard Mendy dan Pierre-Emerick Aubameyang juga dalam proses rundingan mahu ke Arab Saudi.

Chelsea bergelut mahu menjual pemain mereka kepada kelab eropah yang lain dengan harga tinggi. Kerana situasi mereka membuatkan kelab kelab di Eropah cuba mengambil kesempatan untuk mengurangkan harga pemain pada tahap serendah mungkin.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin baru sahaja memberikan komen beliau tentang trend perbelanjaan kelab kelab di Arab Saudi.

Dan ternyata dia tidak menggemarinya. Menganggap Arab Saudi bakal mengulangi kesilapan yang sama dilakukan oleh Liga Super China sebelum ini.

Ceferin merasakan bahawa wang yang ada adalah lebih baik dilaburkan pada pembangunan pemain terutama sekali membawa jurulatih yang berkualiti dan melabur pada akademi.