Bayern Munich memotong Borussia Dortmund pada saat akhir sekaligus bergelar juara Bundesliga musim 2022/2023 yang turut menyaksikan kelab itu memenangi kejuaraan buat kali ke-11 berturut-turut.

Pada perlawanan terakhir liga, kedua-dua pasukan mahu mencatat kemenangan dimana Bayern turun menentang Koln manakala Dortmund turun menentang Mainz.

Akan tetapi, segalanya serba tidak menjadi bagi Dortmund apabila mereka ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama manakala Bayern mendahului dengan keputusan 1-0.

Memasuki separuh masa kedua, anak buah Edin Terzińá menggandakan asakan dan mereka berjaya merapatkan kedudukan menerusi Raphael Guerreiro.

Ada sekelumit harapan untuk Borussia Dortmund bergelar juara apabila Dejan Ljubicic menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti namun Jamal Musiala menjadi penyelamay bagi Bayern Munich.

Jamal melakukan rembatan deras pada minit ke-89 sekaligus meletakkan Bayern kembali dihadapan.

Niklas Sule menjaringkan gol penyamaan bagi Dortmund namun segalanya sudah terlambat apabila kedudukan 2-2 kekal sekaligus membolehkan Bayern untuk muncul sebagai juara.

Kapten Dortmund iaitu Marco Reus terus kempunan untuk muncul sebagai juara sebagai Bundesliga dimana rata-rata peminat mahu melihat Dortmund memenangi Bundesliga selepas apa yang dilalui oleh Reus sepanjang karier beliau.