Bayern Munich dilaporkan telah menghantar bidaan kedua untuk membeli Harry Kane dari Tottenham Hotspur.
Bidaan pertama bernilai €70 juta sebelum ini ditolak oleh Spurs yang menganggap ianya terlalu rendah.
Kini Bayern Munich berusaha dengan bidaan kedua bernilai €80 juta termasuk bonus untuk mendapatkan Harry Kane.
Bayern have submitted their second bid for Harry Kane — confirmed. 🚨🔴
Proposal worth €80m plus add-ons, as @Plettigoal reported.
Tottenham already rejected €70m plus add-ons last week — and initial feeling after second bid is similar from Spurs, waiting on official answer. pic.twitter.com/GRJRXF2N3G
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 9, 2023
Florian Plettenburg dari Sky Sports Jerman mengesahkan tentang perkara itu dan menegaskan bahawa Harry Kane kini benar benar berminat mahu menyertai Bayern Munich.
Bayern menjadi satu satunya kelab yang membida Kane secara rasmi pada kali ini.
Memandangkan kelab seperti Man United merasakan usaha untuk mendapatkan Kane adalah sukar kerana Levy seringkali memberikan amaran dia tak akan menjual pemain itu kepada mana mana pesaing utama Spurs dalam kalangan pasukan Liga Perdana Inggeris.
Ini kerana Levy menganggap langkah itu akan membuatkan mereka menguatkan seteru mereka dalam usaha perebutan kejuaraan dan trofi.
Kane yang masih tidak melanjutkan kontraknya bersama Spurs bakal menjadi ejen bebas pada musim hadapan. Dia kini berada di tahun akhir kontraknya.
Salah satu alasan utama Kane berminat menyertai Bayern adalah kerana dia mahu memenangi trofi pertama dalam kariernya.
Walaubagaimanapun, Daniel Levy tetap yakin Kane akan terus kekal di Spurs dan melanjutkan kontrak baharu bersama kelab itu.
Levy merasakan Kane berhak bersara di Spurs dan menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris mengatasi Alan Shearer.
Levy turut memberikan jaminan, Kane akan bersara dengan memenangi trofi.