Bayern Munich nampaknya sudah sedia untuk menggantikan Robert Lewandowski. Mereka dikatakan mempertimbangkan untuk mendapatkan Harry Kane.

Lewandowski sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia mahu meninggalkan Bayern Munich.

Bayern yang masih berusaha mendapatkan Sadio Mane turut berharap akan mendapatkan Harry Kane sekali.

Tetapi Spurs sebelum ini sudah menegaskan bahawa Harry Kane adalah ‘tidak boleh disentuh’.

Walaubagaimanapun Bayern benar benar berharap kapten antarabangsa England itu akan memikirkan untuk bertukar angin.

Kane dianggap pengganti paling ideal untuk Lewandowski kerana corak permainan yang mirip dan rekod gol yang luar biasa.

Harry Kane masih belum memenangi sebarang piala kompetitif di dalam kariernya mungkin boleh melihat Bayern sebagai peluang terbaik untuknya berbuat demikian.

Musim lalu Harry Kane gagal untuk berpindah ke Man City selepas kelab memutuskan untuk tidak melepaskannya ke mana mana kelab Inggeris.

Kane pada awalnya dikatakan masih berharap perpindahan ke Man City akan dapat direalisasikan. Tetapi City sudah mengesahkan pembelian Erling Haaland. Sekaligus menutup pintunya ke Etihad.

Spurs kini berusaha untuk melanjutkan kontrak Harry Kane yang akan berakhir pada 2024.

Antonio Conte menjadi harapan penting untuk Spurs meyakinkan Kane agar terus kekal bersama kelab itu.

Bayern sudah menghubungi Spurs menyatakan hasrat mereka. Tetapi buat masa ini Spurs tidak berminat untuk mendengar sebarang tawaran.

Apa pandangan pembaca Vocket FC, adakah Kane harus mempertimbangkan untuk ke Bayern?