Uli Hoeness antara tokoh yang kerap membuat kenyataan kontroversi atau bahasa kasarnya kenyataan bodoh.
Baca Juga:
- Tottenham Tawarkan Pakej Karier Selepas Persaraan Untuk Harry Kane
- Bayern Munich Hantar Bidaan Kedua Untuk Harry Kane
- Tottenham Tawarkan Kontrak Baharu Untuk Kane, Halang Dia Ke Bayern Munich
Terbaru dia dengan terbuka membuat komen tentang Harry Kane. Komen itu dianggap agak ofensif dan tidak seharusnya dikeluarkan oleh Hoeness ketika kelab sedang berusaha memujuk Daniel Levy menjual Kane ke Bayern.
Bayern sebelum ini sudah membuat 2 bidaan dan ianya ditolak oleh Spurs. Bidaan pertama bernilai €70 juta dan bidaan kedua bernilai €80 juta.
Levy dilaporkan meminta Bayern menawarkan harga bermula €120 juta.
Ketika pengurusan tertinggi Bayern sedang berusaha untuk memastikan rundingan kekal dalam landasan yang positif, bekas presiden Bayern itu.
Dia berkata kepada umum: “Harry Kane memberikan isyarat sangat jelas bahawa dia sudah pun membuat keputusan [mahu menyertai Bayern].”
“Jika dia berpegang pada janjinya, kami akan menandatanganinya. Tottenham perlu sedia untuk menyerah kalah, kami akan meminta tanda harga yang dimahukan Levy.”
“Rummenigge bercakap dengan dia setiap hari.”
Bayern’s Uli Hoeness: “Harry Kane has very clearly signaled that his decision was made”. 🚨🔴🏴
“If he keeps his word, we will sign him. Tottenham will have to give up, we’ve to get an asking price from Levy”.
“Rummenigge speaks to him regularly”, he added via @kerry_hau. pic.twitter.com/DJNEzQcz1n
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 15, 2023
Kenyataan Hoeness itu benar benar membuatkan pengurusan tertinggi Bayern yang ada sangat marah. Namun mereka memberitahu bahawa kenyataan Hoeness itu tidak mewakili Bayern langsung.
Lembaga pengarah Bayern yang ada menganggap ianya kenyataan bodoh dan agak ofensif serta tidak harus dikeluarkan.
Ia boleh menyusahkan Harry Kane dan kemudian membuatkan Levy terganggu dan menyukarkan lagi rundingan. Selain itu Bayern boleh dituduh membuat rundingan di pintu belakang kerana kenyataan Hoeness ini yang dianggap tidak berasas.
Die offensiven Aussagen von Uli Hoeneß zu Harry Kane kamen Bayern-intern gar nicht gut an und werden von den handelnden Personen als unglücklich und unnötig eingestuft.
Dennoch herrscht weiter Zuversicht, in den kommenden Wochen eine Einigung mit den Spurs zu erzielen.@SPORT1 https://t.co/jrczzlBY2Q
— Kerry Hau (@kerry_hau) July 16, 2023
Peminat Bayern sendiri bengang dengan Uli Hoeness dan ada yang menyindir: “Dah tahu dah Hoeness akan cuba sedaya upaya mensabotaj rundingan ini.”
Ada yang meminta Hoeness untuk jaga mulutnya dan fokus sahaja bermain dengan cucunya di rumah pada masa ini.
Hoeness seringkali membuat kenyataan yang tak masuk akal. Misalnya tentang Mesut Ozil pada satu ketika dahulu, selepas Ozil mengumumkan persaraan antarabangsa kerana serangan rasis ke atasnya.
Di mana Hoeness pada masa itu menggelar Ozil sebagai pemain yang teruk dan tidak berguna. Sedangkan Ozil menjadi playmaker penting Jerman ketika negara itu menjuarai Piala Dunia 2014.